Menara UMNO tu harta Kerajaan yang dijadikan harta UMNO rupanya..


Sudah menjadi lumrah bagi para pencacai UMNO untuk menganggap apa saja milik Kerajaan Malaysia itu adalah milik UMNO..

Oleh itu kita telah menyaksikan berbagai kemudahan awam contohnya ialah Dewan Orang Ramai dan juga berbagai peralatan didalamnya dijadikan milik UMNO oleh macai-macai UMNO sedangkan ianya dibina untuk kemudahan orang ramai..

Insiden runtuhnya satu antena telekomunikasi yang dipasang diatas sebuah menara yang dikenali sebagai Menara UMNO di Pulau Pinang yang mengorbankan satu nyawa di Pulau Pinang telah mendedahkan meskipun ianya dinamakan Menara UMNO tetapi bangunan tersebut bukanlah milik UMNO..

Baca apa yang dilaporkan oleh BERNAMA ini..


GEORGE TOWN: Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan mengalihkan sisa rasuk yang masih tergantung di bangunan itu hari ini bagi membolehkan kerja pembersihan jalan di kawasan bangunan itu.

Lewat petang semalam, sebuah penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan menara itu di Jalan Macalister di sini runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan. gambar dan video sila lihat di SINI

Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai.

Adzmi berkata bangunan 21 tingkat itu yang siap dibina pada 1997 dan dibeli daripada Amanah Capital Bhd pada 2005 itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam.

Bangunan itu yang menempatkan pejabat, syarikat dan kolej swasta dijadual beroperasi seperti biasa pada Isnin ini kerana bahagian yang terjejas hanyalah penebat kilat itu sahaja, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian ~ BERNAMA

Apa yang BERNAMA dedahkan diatas ialah bangunan itu adalah milik JKP Sdn. Bhd.

JKP ini pula milik siapa??

JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP).

Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta.

Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat.

JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman ~ Sumber Info dari SINI
JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) adalah dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Adakah Menteri Kewangan Diperbadankan itu milik UMNO?.. bukan.. ianya adalah milik Kerajaan Malaysia..

Oleh kerana ianya milik Kerajaan Malaysia, wang yang diguna untuk memiliki bangunan itu sudah tentu datangnya dari cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik..

Tetapi oleh kerana sudah biasa menjadikan harta Kerajaan Malaysia itu harta UMNO dan harta UMNO itu harta mak bapak depa.. bangunan milik Kerajaan itu dinamakan sebagai Menara UMNO..
Previous Post Next Post