Kerana Fitnah, Pemimpin UMNO nak saman Blogger Pro UMNO..


Ini sudah jadi kes senjata makan tuan.. senjata atau blogger yang selama ini digunakan untuk menyerang dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat akhirnya dikatakan memfitnah pemimpin sendiri pula..

Laporan Polis dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor bagi menafikan tuduhan yang dilempar oleh blogger INIGOBLOGPOLITIK dalam entri bertajuk "Zin Badak dibayar Anwar Untuk Pastikan UMNO Kalah di Selangor - Ungku Salleh"

inigoblogpolitik

Menurut Ku Salleh beliau telah dinasihat oleh DS Noh Omar untuk membuat laporan Polis keatas penulis blog tersebut.

Namun beliau mengambil masa dua hari kerana menunggu sekiranya DS Ir Zin akan membuat laporan Polis kerana tuduhan tersebut dibuat keatas beliau.


Maka dengan itu meracaulah seorang macai UMNO..

Ini apa yang ditulisnya..

Hari ini akan menjadi sejarah buat UMNO apabila Ketua Pemuda UMNO Selangor membuat laporan polis dan akan menyaman seorang Blogger UMNO yang mempertahankan parti UMNO itu dengan sendiri tanpa menjadikan wang ringgit sebagai TUHAN-Nya...

Alasannya dikatakan Blogger tersebut kononnya memfitnah beliau dan cuba melagakan beliau dengan Zin Badak.

Jadi, aku ucapkan TAHNIAH-lah sebab berjaya menjadi orang UMNO yang menyaman orang UMNO..

Tapi apa yang aku kesalkan sangat bila Anak-Anak CINA DAP menghina, memaki dan memperkecilkan SULTAN, AGUNG dan Bangsa Melayu di mana Ketua Pemuda UMNO Selangor itu berada?

Jika Maruah diri yang ingin dipertahankan bagaimana pula dengan Maruah AGAMA, Bangsa dan Negara?

Ungku Salleh Sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor yang seharusnya menjadi pendesak dan Tentera bagi menumpaskan pihak musuh yang cuba mengaganggu gugat HAK MELAYU dan KETUANAN MELAYU bukannya menjadi BACUL yang hanya berani bertempur dengan pasukan sendiri ~ Penadaritanahmelayu

Kah.. Kah.. Kah... Apa sudah jadi??
Previous Post Next Post