Anwar Ibrahim menjawab fitnah oleh Mazlan Ismail terhadapnya.. (Video Inside)


Ketika ummat Islam sedang sibuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang lalu dan ketika Ramadhan menghampiri Syawal, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi mangsa fitnah.

Fitnah tersebut telah disiarkan oleh TV3 pada malam 27 Ramadhan dan ianya kemudian disiarkan oleh Utusan Malaysia dan NST.

Menurut apa yang disiarkan oleh Utusan, Calon UMNO/BN bagi Kerusi Parlimen Permatang Pauh, Mazlan Ismail yang telah kalah pada PRU13 lalu mendakwa kononnya beliau telah menerima "surat misteri" bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal".

Mazlan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Beliau mendakwa "surat misteri" tersebut telah mendedahkan Anwar telah merasuah Hakim dan Timbalan Pendakwaraya.

Selain itu Pengerusi DAP Karpal Singh turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar.

Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya.

Bankleaks Anwar/Karpal yang dimaksudkan itu sila lihat di ( SINI )

Tuduhan atau dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah terhadapnya itu telah dijawab oleh Anwar dalam satu ucapan ringkas ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Permatang Pauh baru-baru ini.

Lagi gambar sekitar majlis sila lihat di ( SINI )
Menurut Datuk Seri Anwar nilai fitnah yang dikaitkan dengannya kini semakin merosot kerana sebelum ini beliau difitnah memiliki dana berjumlah 3Billion dan sekarang 50juta pula.

"Dulu 3 Billion, lepas tu turun 300 Juta, kemudian 50 Juta.. minggu depan mungkin tinggal 5 Juta.. kalau dapat 5 Juta tu, saya bagi kat orang-orang disini sorang sikit"

Katanya lagi "Oooh.. keluar TV3, kalau kalah tu kalah.. diamlah! ni bawak keluar pulak cerita fitnah orang"

"La ni tak pa kalau saya.. takat saya kena tu tak pa.. saya dah mangli dah, tak larat nak saman.. dia pi kenen pulak dekat Karpal Singh.. hah cari penyakit..."

"Kita saman sama dia! Karpal Singh kata.. haaa mampuih!.. hang jawabla..."

"Jadi saya dan Karpal Singh akan mengambil tindakan untuk mengajar dia ni.."

Lagi apa Anwar Ibrahim kata.. korang lihatlah dalam video di bawah ni...


Atau sila lihat di YouTube di ( SINI )
Previous Post Next Post