Dah Untung RM2.042 Bilion pun, TNB mahu naikkan tarif elektrik lagi..



Pada 18 Julai 2013 yang lalu Tenaga Nasional Bhd mengumumkan mereka mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.042 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Mei, 2013, berbanding RM980.30 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM9.648 bilion daripada RM9.191 bilion, kata syarikat kuasa nasional itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun sikap tamak haloba yang ada dalam diri pihak pengurusan mereka, keuntungan tersebut masih tidak cukup buat mereka.

Mereka yang kebanyakkannya terdiri dari kroni UMNO/BN mahukan untung yang lebih berlipat ganda.. malangnya mereka tidak tahu memikirkan bagaimana untuk menjana keuntungan selain dari menyusahkan rakyat.

Daripada memikirkan penjimatan dan pengurusan yang lebih baik untuk menjana keuntungan yang lebih tinggi mereka memilih jalan mudah iaitu menaikkan taraf elektik.

Seperti biasa.. dengan menggunakan ayat standard pemimpin-pemimpin UMNO bila mengumumkan sesuatu kenaikkan.. mereka menyatakan 'Pelarasan ini tidak akan membebankan rakyat...'

Padahal meskipun menurut mereka pengguna yang menggunakan kurang dari  200 KwJ tidak akan terkesan, pada akhirnya akan terkena tempiasnya juga disebabkan industri pengeluaran terpaksa menaikkan harga keluaran mereka bagi menampung kos pengeluaran.

Inilah yang dinamakan 'Rakyat didahulukan... Pencapaian diutamakan'.. untuk mencapai keuntungan berlipat ganda, rakyat didahulukan untuk ditekan...

Laporan berkaitan..

TNB jamin semakan semula berpatutan, rakyat usah bimbang
Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowatt sejam (kwj) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu. 
“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda” Azman Mohd, Presiden dan Ketua Eksekutif TNB. 
“Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70. 
“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam. 
Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj. 
Kenaikan itu dibuat setelah tarif elektrik tidak berubah sejak Jun 2006 dan sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi di tengah-tengah peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Kerajaan tentukan 
Azman berkata, keputusan berhubung semakan semula tarif elektrik akan ditentukan oleh kerajaan bersandarkan kepada maklumat yang diberikan TNB. 
“Banyak pertemuan telah dilakukan, termasuk secara rasmi dan tidak rasmi bagi membincangkan perkara itu. Namun, kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan penggunaan industri,” katanya. 
Azman menjelaskan, sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan api, bukannya atas dasar untuk memberikan keuntungan tambahan kepada syarikat utiliti itu. 
“Kita tidak rugi apa-apa. Seperti sekarang yang rugi adalah PETRONAS yang membekalkan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda,” katanya. 
Katanya, ketika ini, PETRONAS menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBtU), jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sebanyak RM40 mmBtU. 
Berdasarkan kos bahan api 
Bulan lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, turut dilaporkan berkata, kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik, jika berlaku, akan dibuat berdasarkan kepada kenaikan kos bahan api dan bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB. 
“Sebarang perubahan harga bahan api akan ditampung TNB dan TNB pula dibenarkan melepaskan kos itu kepada pengguna melalui prinsip mekanisme Fuel-Cost Pass Through (FCPT),” katanya. 
Melalui FCPT, pengguna elektrik berkapasiti 200Kwh sebulan kekal menikmati 21.8 sen setiap kilowatt, sementara yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 juga akan terus menikmati rebat. 
“Ini bermakna kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukan untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB,” katanya. 
FCPT adalah mekanisme di bawah Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR) Suruhanjaya Tenaga dalam meningkatkan kecekapan operasi syarikat utiliti, dengan syarikat terbabit akan menerima insentif atau dikenakan penalti jika gagal mencapai prestasi ditetapkan. 
Melalui FCPT, pengguna elektrik dengan kapasiti 200Kwh sebulan akan kekal menikmati kadar 21.8 sen bagi setiap kilowatt, sementara mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan juga akan terus menikmati rebat ~ Berita Harian

Previous Post Next Post