'Endless Possibilities' pun Najib ciplak dari Israel ke?.. cuba tengok website Israel ni..


Menurut Najib semalam.. 'Endless Possibilities' bukanlah bagi menggantikan '1Malaysia' tetapi ianya adalah pelengkap kepada slogan '1Malaysia'..

Oleh itu selepas dilancarkan logo baru tersebut November ini slogan '1Malaysia' akan menjadi '1Malaysia, Endless Possibilities'.. sebut betul-betul.. '1Malaysia, Endless Possibilities'.

Ada sahabat yang bertanya.. macam mana Makcik- makcik dan Pakcik-pakcik kat Felda nak sebut slogan tu?.. aku pun tak tahu macam mana nak jelaskannya.

Dari segi strategi pemasaran, perlu kita akui bahawa tindakan Najib menggunakan slogan dengan Bahasa Inggeris itu adalah satu tindakan yang bijak dan tepat tambahan pula ianya bertujuan untuk pasaran global.

Jangan kita pertikaikan kebijaksanaan Najib dalam hal pemasaran untuk kebaikkan negara ini, lagipun kebijaksanaan Najib telah terbukti dalam mentadbir ekonomi negara..

Beliau telah berjaya meningkatkan hutang negara secara drastik.. satu pencapaian yang luar biasa tu, Anwar Ibrahim pun tak sanggup melakukan apa yang Najib dah buat tu..

Berbalik kepada slogan 'Endless Possibilities' itu semula..

Ada yang mendakwa firma perunding atau 'Con-sultans' (seperti yang didakwa oleh blogger UMNO) yang mencipta logo atau tema tersebut khusus buat Najib telah dibayar dengan sejumlah upah yang besar untuk tujuan itu , dan ianya belum dapat dipastikan lagi jumlah sebenar yang dihabiskan untuknya.

Walaupun berapa yang dibayar untuk mencipta logo tersebut ianya bukanlah menjadi masaalah jika kerja-kerja itu diserahkan kepada kroni Najib.

Tapi jika mereka dibayar sebanyak itu untuk menciplak dan mendakwa ianya adalah hasil kerja mereka, jumlah itu langsung tidak wajar..

Tahukah anda sebagaimana slogan '1Malaysia' yang didakwa oleh banyak pihak sebagai berasal dari slogan '1Israel'.. 'Endless Possibilities' juga adalah slogan yang mempunyai persamaan dengan slogan yang digunapakai oleh Israel?

'Endless Possibilities' adalah slogan yang telah digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosikan negara itu pada 22 April 2013..

Tengok ni..

Tak percaya klik di SINI

Ini kenyataan media dari Kementerian Pelancongan Israel itu.. Tajuknya 'Israel. One Place.Endless Possibilities'..



Alahai Najib.. apalah malang nasib Perdana Menteri ku ini dah kena kencing dengan consultans dia lagi rupanya..

Buat macai-macai UMNO yang nak menafikan bahawa slogan 'Endless Possibilities' itu dari Israel..

Nasihat aku ialah sebelum nak hentam aku.. baca juga apa ulasan Blogger Pro UMNO Syed Akbar Ali, Admin OutSyed The Box  di ( SINI ) dan juga Jebat Must Die  di ( SINI ) tentang perkara ini..

Kesimpulannya dalam perkara ini ianya menyerlahkan betapa pentingnya untuk Ahli-ahli UMNO melantik orang-orang yang lebih bodoh daripada mereka sebagai pemimpin..

Tujuannya ialah supaya senang untuk mereka perbodohkan.. contohnya dalam hal slogan ini..

Najib dengan jayanya telah diperbodohkan oleh 'consultan' nya... kah.. kah. kah..
Previous Post Next Post