Jual MAS?.. Ini dari Najib kepada Mahathir..


Pesan Zaaba ialah kita orang Melayu jangan bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu kerana dalam masa yang kita bertahan itulah, pemimpin kita menjual aset negara dan merompak serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan bergantung harap kepada mereka.

Mungkin kerana faktor usia, beliau telah terlupa apa yang telah berlaku apabila MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli suatu masa dulu, Tun Mahathir telah menyarankan agar MAS diswastakan untuk mendapat keuntungan..

Faktor usia juga menyebabkan Mahathir terlupa bahawa setelah diswastakan dulu MAS mengalami kerugian dan ianya telah diselamatkan oleh Kerajaan dengan menggunakan wang rakyat..

Bekas Perdana Menteri itu berkata selagi MAS dikendalikan oleh kerajaan ianya tidak akan menjana keuntungan kerana wujud kebergantungan. 
"MAS sudah lama beroperasi, macam-macam percubaan dilakukan supaya mendapat keuntungan. 
"Kadang-kadang kita dapati syarikat miliki kerajaan ia tidak mempunyai keupayaan, apa yang terjadi kerajaan akan tanggung... Oleh sebab itu saya percaya kepada penswastaan," kata Dr Mahathir semasa sidang media di rumah terbukanya di Mines Resort City. 
Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan pihak yang akan diberikan untuk menjalankan penswastaan tersebut mestilah boleh dipercayai kemampuannya. 
"Kenapa siapa ia akan dijual? Ia bergantung kepada siapa yang membuat tawaran lebih baik," terangnya lagi. 
Menurut Dr Mahathir lagi, penswastaan akan menyebabkan pemilik sesebuah syarikat akan lebih peka kepada untung rugi dan bukan semata-mata hanya mewujudkan pekerjaan.

Najib bagaimanapun mengambil langkah bijak hari ini (aku kata hari ini pasal tak tahu apa pulak pendiriannya esok, masih kekal atau berubah seperti di SINI) dengan tidak mengikut saranan Mahathir itu..

Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan langkah tersebut akan mengelakkan berlaku lebih banyak kerugian.  
Perdana Menteri berkata langkah pemulihan yang sedang diambil sudah menampakkan hasil dan kerugian yang dialami MAS juga sudah berkurangan.  
"Saya nak jelaskan bahawa MAS tidak akan diswastakan.  
"Walaupun MAS masih terus mengalami kerugiaan, bagaimanapun pelan pemulihannya sudah pun menampakkan hasil dan trennya adalah jumlah kerugian sudah berkurangan," kata Najib semasa sidang media di rumah terbuka Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini bagi menjawab gesaan Dr Mahathir semalam.  
Najib juga mempertahankan pengurusan MAS sedia ada yang disifatkannya sebagai telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.  
"MAS sudah pun menjadi sebuah syarikat yang disenaraikan dan dikuasai oleh Khazanah serta kepentingan awam, segala urusan dalam MAS ini berjalan seperti sebuah badan komersil mengikut prinsip-prinsip urus tadbir yang baik," tegas beliau lagi ~ The Malaysian Insider

Langkah bijak Najib itu bagaimanapun akan menjadikan laluan buatnya dalam PAU akan datang ini semakin sukar.. tambahan lagi Mahathir telah menyarankan agar pemimpin-pemimpin muda diketengahkan dalam PAU itu..

Tapi... yang jelas dalam hal ini ialah Najib sedang mempertahankan beberapa individu dalam pimpinan UMNO yang punya kepentingan dalam Syarikat yang menyediakan perkhidmatan 'Catering'..

Sebabnya antara faktor yang menyebabkan MAS mengalami kerugian selama enam suku tahunan berturut-turut ialah pihak yang menyediakan perkhidmatan 'Catering' untuk penerbangan itu..

Dimana mereka telah membekalkan 'mineral water' yang boleh diperolehi dengan harga RM15 untuk enam botol dari Mydin dan menjualnya dengan harga RM38 kepada MAS.. baca di ( SINI )

Previous Post Next Post