Kerajaan Tidak Akan Hapuskan AES.. tapi serahkan kepada kroni lain pula?


Mungkin kerana baru menyedari bahawa penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) memberikan keuntungan yang besar, Kerajaan tidak akan menghapuskan sistem itu tetapi mengambil alihnya..

Pada penghujung tahun lalu Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengemukakan bukti kerajaan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Perancis dan Australia mengambil kesempatan dengan memperoleh keuntungan berjuta dolar melalui pelaksanaan AES.

KPRU dalam kajiannya berkata, perkara ini kemudiannya mendapat tentangan hebat kerana kerajaan berkenaan melaksanakan AES secara senyap-senyap tanpa rundingan bersama rakyat dan pengguna jalan raya khususnya pada peringkat perancangan sehingga berjaya memaksa program itu ditutup.

“Pada tahun 2006 sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya.

“Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman yang bernilai berjuta-juta dolar akan disalurkan secara rahsia kepada kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki keselamatan jalan raya,” katanya.

Oleh kerana kajian telah membuktikan ianya menguntungkan.. bacalah apa yang akan dilakukan oleh kerajaan di bawah ni..

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat untuk mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada syarikat pengendali Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd dalam masa terdekat.  
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan hasrat berkenaan dan ia akan dikendalikan menerusi lantikan satu syarikat milik penuh kerajaan.  
“Hasil daripada penilaian holisitik ini telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bagi memutuskan penyelesaian yang adil dan tepat berhubung pelaksanaan AES,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pengangkutan di sini hari ini ~ Free Malaysia Today

Pi mai.. pi mai.. rakyat juga yang kena...

AES masih dikekalkan tetapi yang dimansuhkan ialah pengswastaan sistem itu, dari diswastakan dialihkan kepada syarikat milik kerajaan..

Yang pasti kroni lain pula akan dilantik menerajui syarikat milik kerajaan itu bagi menggantikan syarikat milik kroni yang ada sekarang ini..

Jika bukan untuk memberi peluang kepada kroni yang lain kenapa tidak diserahkan sistem penguatkuasaan itu kepada JPJ atau SPAD ataupun Polis Traffik?

Previous Post Next Post