Menteri Wanita anggap kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan wanita Penan bukan isu besar?


Berdasarkan kata-kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Fatimah Abdullah tentang isu kaum Penan, Free Malaysia Today telah membuat kesimpulan 'Masalah Penan bukan isu besar' buat Menteri Wanita itu..

Antara kata-kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga itu ialah..

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Fatimah Abdullah berkata bahawa kerajaan negeri sentiasa menjaga kebajikan masyarakat Penan terutamanya kaum wanita.

Beliau berkata Tan Sri Alfred Jabu sudah mengulas isu ini, sejak mula kes Penan dahulu.

“Itu isu yang lepas , kita mempunyai jawatankuasa ditubuhkan di mana diketuai menteri bertanggungjawab,” kata beliau.

Beliau meminta orang ramai bertanya dengan beberapa agensi yang membantu orang Penan seperti Human Resources Development and Quality (HRDQ) Sarawak, Sarawak Planning Unit (SPU).

“Kerajaan Negeri berpendirian bahawa, kita mengambil kaedah dan strategi yang menyeluruh di mana kita tidak menyelesaikannya secara melulu tetapi kita menyelesaikannya dari semua sudut,” tegas beliau.

Jelasnya lagi, kalau kita hendak membantu etnik Penan, kita melihat dari semua sudut.

“Kita tidak hanya merawat tetapi kita melihat lebih jauh di mana adakah ia dipengaruhi oleh faktor kemiskinan, pendidikan atau adakah mereka naif?,” soal beliau lapor Free Malaysia Today

Laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan yang ditubuhkan pada bulan October 2008 telah mengesahkan kanak-kanak yang berusia seawal 10 tahun juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerakusan nafsu pemandu – pemandu lori balak yang ditumpangi oleh mereka untuk ke sekolah..

Sebahagian dari laporan :

4.1 PENEMUAN ISU PENDERAAN SEKSUAL

Temubual Dengan Wanita Disyaki Mangsa di Rumah Perlindungan Wanita, Women’s Aid Organisation (WAO) di Selangor.

Kes 1
i. Cindy, yang pada ketika itu masih menginap diasrama, mengaku pernah dirogol pada usia 12 tahun oleh orang yang tidak dikenali semasa bersiar di luar kawasan sekolah yang mana pada masa itu kebanyakan kawannya telah balik ke kampung untuk cuti persekolahan;

ii. Cindy kemudian dirogol sekali lagi semasa dalam perjalanan ke sekolah oleh pekerja syarikat pembalakan ketika menumpang kenderaan syarikat tersebut dari perkampungannya di Long Kawi ke sekolah di Long Lama;

Kes 2
i. Bibi tidak bersekolah dan berasal dari Long Item, mengaku telah dirogol sebanyak dua kali oleh lelaki yang sama sehingga mengandung dan melahirkan anak. Kejadian yang pertama berlaku pada tahun 2005 di mana perogol yang dikenalinya sebagai Johnny (bukan nama sebenar) telah masuk ke dalam rumahnya pada waktu malam dan merogol Bibi di dalam biliknya sendiri. Dia mengenali Johnny, sebagai pekerja balak dari Kem Inter Hill yang berdekatan dengan kampungnya

Kes 3
i. Temubual dengan seorang wanita Penan di Ba’Keluan, Angelina (bukan nama sebenar). Beliau mengakui mengenali dua orang wanita masingmasing berumur 20 dan 15 tahun yang mempunyai hubungan sulit dengan pekerja-pekerja syarikat pembalakan yang mereka kenali semasa menumpang kenderaan kepunyaan syarikat pembalakan untuk keluar kawasan.

Kes 4
i. Lawatan ke rumah panjang di Long Muboi.Temubual Kumpulan 2 dengan gadis Penan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah di Long San bernama Diana (bukan nama sebenar). Beliau menceritakan pemandu trak dari syarikat pembalakan telah mencabul kehormatan kawan kepada kawan beliau bernama Sarah (bukan nama sebenar) berusia 14 tahun dengan meraba payudara semasa menumpangkan kanak-kanak tersebut ke sekolah.

Kes 5
i. Hasil temubual dengan Fiona (bukan nama sebenar), beliau menceritakan pengalaman zaman persekolahan beliau semasa menumpang kenderaan syarikat pembalakan untuk ke sekolah. Menurut beliau, mereka sering dicabul dan ada juga cubaan untuk merogol pelajar perempuan oleh pemandu kenderaan milik syarikat pembalakan. Semasa berumur 10 tahun beliau bersama empat pelajar sebaya menumpang kenderaan milik syarikat pembalakan untuk ke sekolah. Namun pemandu telah membawa mereka ke persimpangan lain dan berhenti di kawasan semak serta cuba memperkosa mereka.

Jika masaalah yang dihadapi oleh Kaum Penan dianggap sebagai bukanlah satu itu yang besar.. adakah Menteri Wanita itu menganggap bahawa kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan di atas bukanlah satu isu yang besar?

Jika Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga yang sepatutnya menjaga kebajikan Wanita juga menganggap demikian.. siapalah yang akan membela nasib wanita dan kanak-kanak Kaum Penan itu agaknya?

Apa yang terpapar di atas hanyalah sebahagian dari kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan.. seluruh laporan mengenainya sila downloads di ( SINI )

Previous Post Next Post