Nazri Aziz kata Blogger UMNO, Setiausaha JMM dan Zamil Ibrahim.. BODOH!!


Jika semalam Tun Mahathir sekali lagi telah menegaskan bahawa UMNO kini dipenuhi dengan ahli-ahli yang terdiri dari orang-orrang yang bodoh..

Hari ini Menteri Pelancongan yang telah melantik Anaknya sebagai Pegawai Khas di Padang Rengas pula menyifatkan Blogger-blogger Pro UMNO yang mengkritiknya adalah bodoh..

Turut disifatkannya sebagai bodoh ialah Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM) serta Zamil Ibrahim yang mendakwa memimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)..

Kah.. kah.. kah... selain ahli bukan ahli yang menyokong UMNO juga terdiri dari orang-orang bodoh rupanya.. nasib baik Nazri bagitahu, kalau tak aku pun tak tahu..

Sudahlah bodoh tak berakal pula...

Menteri Kabinet yang dilanda kontroversi, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggelar golongan yang melemparkan kritikan terhadapnya sebagai “bodoh” berikutan pelantikan anaknya sebagai pegawai khas di Padang Rengas. 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang terkenal dengan ketegasannya itu berkata beliau telah menjelaskan isu berkenaan kepada pihak atasannya, Datuk Seri Najib Razak. 
“Saya tidak khuatir. Saya akan tentang mereka. Ia tak beri kesan kepada saya,” katanya hari ini. 
Serangan terbaru ke atas Nazri datang dari penulis blog dan kumpulan hak Melayu yang menggelar menteri berkenaan sebagai angkuh kerana mempertahankan keputusan berhubung pelantikan anaknya, Nedim Mohamed Nazri sebagai pegawai khasnya. 
Golongan tersebut turut mencabar Nazri untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang akan datang untuk membuktikan popularitinya. 
Nazri telah pun menjelaskan Nedim tidak dibayar kerajaan dan pelantikannya bagi membantu pelaksanaan aktiviti belia di Padang Rengas. 
Selain itu, penulis blog Umno mendakwa, “Nazri sekali lagi berkata perkara tidak masuk akal. Pada mulanya memberitahu anaknya bekerja sukarela namun kemudian menjelaskan membayar sendiri gaji anaknya. 
“Jika gaji dibayar, itu bukan sukarela. Tidak kira siapa yang membayarnya. Sukarela bermakna tiada bayaran,” jelas penulis blog itu. 
Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh meminta menteri itu untuk meletak jawatan dan pergi melancong jika terlalu kaya. 
Nazri berkata golongan seperti ini “tidak berakal”. Penulis blog telah memanipulasi Internet dengan cara yang tidak betul. 
“Dahulu semasa pemilihan Umno, mereka mengancam untuk mewujudkan buku tentang pemimpin Umno dengan berharap segala dakyah yang dipaparkan mampu mengaburi mata masyarakat. 
“Sekarang mereka menggunakan blog untuk menyampaikan perkara sama. Oleh kerana itulah mereka mahu saya bertanding bagi menguji tahap populariti,” katanya. 
Nazri berkata beliau telah biasa bertanding dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kini beliau ingin berikan kepada generasi yang lebih muda untuk mengambil alih. 
“Saya percaya ada calon yang lebih layak untuk bertanding. Bagaimana parti untuk menjana pemimpin baru jika orang yang sama menerajui MT,” katanya. 
Nazri menjelaskan kewangannya kini berada pada kedudukan “selesa” dan kini masa berkhidmat kepada masyarakat. 
“Saya telah berkhidmat kepada masyarakat sejak 18 tahun lalu sebagai ahli Parlimen maka inilah masa untuk berkhidmat dan tidak terfikir untuk meletak jawatan,” ujarnya. 
Katanya, penulis blog yang berterusan menyerangnya menggambarkan sikap biasa orang Melayu yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain. 
“Nedim bekerja dengan saya. Saya bayar gajinya. Pegawai yang bekerja di kementerian bukan saudara saya,” katanya ~  The Malaysian Insider 

Sekali Lagi Mahathir Tegaskan, Hanya Yang Bodoh Kini Bersama UMNO tu sila baca di ( SINI )
Previous Post Next Post