Ini bukti Najib tak ada pendirian...


Isu perlantikan anaknya Nedim sebagai Pegawai Khas dalam Kementerian Pelancongan oleh Nazri Aziz pada mulanya telah didedahkan oleh beberapa buah blog Pro UMNO..

Bagaimanapun oleh kerana ianya mencetuskan kritikan dari berbagai pihak, media-media tunggangan UMNO/BN mempersalahkan pihak Pakatan Rakyat pula..

Isu ini juga telah memperlihatkan kepada semua akan sikap tiada prinsip yang dimiliki oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia..

Ianya jelas apabila dalam masa lebih kurang 24 jam, beliau telah menukar pendiriannya mengenai perkara ini..

Pada 16 Ogos Najib telah dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata..

Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.

"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya.

Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang hari ini ~ Bernama

Beliau telah bersetuju dengan tindakan Nepotisma yang diamalkan oleh Nazri Aziz itu pada  16 Ogos.. tetapi pada 17 Ogos pula..

Menteri Kabinet atau Anggota Parlimen boleh menggunakan anggota keluarga mereka sebagai pembantu khas di kawasan parlimen masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluarga asalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalam kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Abu Bakar, Pekan hari in ~ Bernama

Di mana prinsip Najib?.. semalam boleh.. hari ini tak boleh..

Selain mengatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri, Nazri dengan nada sombongnya juga berkata, "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja."

Dalam hal ini Nazri barangkali terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad.

Kementerian adalah milik kerajaan dan menteri duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

Hanya setelah menjadi wakil rakyat atau dewan negara, barulah seseorang itu boleh dilantik sebagai menteri.

Ini menjadikan seseorang menteri sebenarnya sentiasa terikat kepada sokongan dan undi rakyat.

Selagi rakyat menyokongnya, dapatlah jadi menteri tetapi setelah tidak lagi mendapat sokongan rakyat, kedudukan menteri terpaksa dilepaskan dan kementerian juga kena ditinggalkan.

Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja.
Previous Post Next Post