Sasterawan Negara, A. Samad Said ditahan Polis jam 12.30 pagi..


Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.

"Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya.

"Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi 3 September.

Bagaimanapun A Samad Said menafikan dakwaan ketua polis negara itu bahawa beliau menyorok ketika polis mengunjungi kediamannya pada malam semalam.

Sasterawan negara itu berkata beliau berada di rumah semalaman semalam dan tiada siapa pun termasuk anggota polis datang ke rumahnya semalam.

Tegasnya, dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok adalah "cakap-cakap angin untuk menyebar citra buruk" terhadap dirinya.

"Saya ada di rumah semalaman. Tiada siapapun yang datang. Ya, saya ada di rumah terus-terusan. Tiada (polis) yang rasmi (datang).

"(Dakwaan) ini khabar angin untuk menyebar citra buruk kepada saya,"kata tokoh sastera itu ketika dihubungi.

Beliau juga bertegas untuk tidak menyerah diri sekiranya polis tidak mengeluarkan sebarang perintah rasmi.

"Saya fikir IGP bercakap depan wartawan. Tidak ada surat rasmi, minta (secara) rasmi untuk (saya) menyerah diri.

"Saya tidak bersedia untuk menyerah diri, kalau cakap-cakap luar sahaja. Saya fikir (jika) dipanggil, mesti ada hitam putihnya. Saya tidak tertakluk kepada cakap di luar-luar sahaja," katanya.

Bagaimanpun  A Samad berkata beliau sedia untuk membantu siasatan sekiranya surat rasmi supaya beliau berbuat demikian diserahkan kepadanya.

Tapi pagi ini 4 September 2013 jam 12.30 pagi tersebar dilaman mikro Twitter bahawa Sasterawan Negara yang berusia 80an itu telah ditangkap oleh tiga anggota Polis.


Menurut SUARAM Pak Samad telah dibawa ke balai Polis Dang Wangi untuk ditahan di bawah akta hasutan..


Berikutan itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Dalam Negeri momohon maaf atas tindakan pihak Polis itu yang disifatkannya sebagai biadab.


Gambar Pak Samad di dalam Balai itu datangnya dari SINI

Previous Post Next Post