Apa yang kita patut belajar dari isu abu mayat Chin Peng?


Dalam riuh rendah pemimpin-pemimpin dan juga rakyat membicarakan tentang abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng yang hendak dibawa pulang ke Malaysia ini.. ada sesuatu yang kita patut belajar..

Baca dua laporan mengenai abu mayat Chin Peng ini...

Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai, kata MCA.

Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.

"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.

Tindakan diambil Putrajaya itu menurut Gan hanya akan menambah derita negara ketika pendudukan komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan bisa peperangan terdahulu.

"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng ~ The Malaysian Insider

Ini pula laporan yang berikutnya..

PETALING JAYA - Chin Peng’s ashes should be allowed back to Malaysia, said DAP adviser Lim Kit Siang. “If his last wishes are for his ashes to be brought back home, it should be allowed,” said Lim, who described Chin Peng’s passing as the end of an era.

“Whether one agrees or not with his struggle, his place in history is assured,” tweeted Lim ~ The Star

Matlamat yang sama dari ideologi politik yang berbeza.. kenapa?

Korang komenlah.. aku tulis nanti ada yang cop aku racist pulak.. sedangkan kadang kala ianya perlu bagi kita...
Previous Post Next Post