Kerana 20sen.. Harga ikan naik, harga sayur naik dan harga rumah juga akan naik...


Kerana bijaknya Najib dalam mentadbir ekonomi negara defisit fiskal negara melebar kepada RM14.9 bilion pada tahun ini.

Untuk mengurangkan defisit itu beliau telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen bagi setiap liter..

Meskipun nilainya kelihatan kecil namun impaknya adalah besar.. setelah berbagai-bagai laporan tentang kenaikkan harga barang akibat tindakan Najib itu..

Menyusul pula laporan yang mengatakan harga sayur akan naik, harga ikan akan naik dan harga rumah tidak dapat dielakkan dari dinaikkan...

Tidak lama lagi, kita berhadapan kenaikan harga barang keperluan lain pula, hanya berpunca dari 20 sen. kata seorang Nelayan yang menyedari keperitan hidup yang akan menyusul ekoran tindakan Najib yang juga Presiden UMNO itu..


Minyak Naik : Harga Ikan Akan Melambung !, Nelayan Hadkan Turun Ke Laut

KUALA TERENGGANU – Meskipun kerajaan menjelaskan kenaikan harga minyak berlaku bagi mengurangkan perbelanjaan negara, namun pendekatan diambil tetap dianggap satu penindasan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah tempias kenaikan itu turut dirasai golongan nelayan di negeri ini walaupun ada yang menganggap mereka bernasib baik kerana mendapat subsidi diesel dan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan.

Nelayan, Mamat Kassim, 62, berkata, walaupun diberi subsidi diesel dan elaun sara, namun kos yang bertambah masih tidak dapat menampung perbelanjaan kerana hasil tangkapan tidak menentu.

Menurut bapa sembilan anak ini, kenaikan harga petrol dan diesel selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-56, adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.

“Walaupun rakyat tidak mengharapkan ‘hadiah’ daripada kerajaan sempena merdeka tetapi sekurang-kurangnya tidak dibebani dengan kenaikan harga minyak dan diesel yang sangat mengejutkan semua.

“Bot kecil saya perlukan 45 liter diesel setiap kali turun ke laut untuk menangkap ikan, dengan kenaikan harga diesel, saya perlu menyediakan kira-kira RM10 kos tambahan atau RM300 sebulan.

"Sedangkan hasil yang saya dapat juga sebanyak itu," katanya semasa ditemui Sinar Harian di Pelabuhan Perikanan Chendering, semalam.

Seorang lagi nelayan, Sulaiman Salleh, 65, berkata, dia memerlukan 1,000 liter diesel setiap kali ke laut untuk mengerakkan bot bersaiz sederhana besar.

“Saya memerlukan kos tambahan sekitar RM200 untuk setiap kali ke laut. Sedangkan hasil yang diperoleh belum tentu.

 "Tidak lama lagi, kita berhadapan kenaikan harga barang keperluan lain pula, hanya berpunca dari 20 sen. 

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, pula berkata “Saya percaya jika isu rasuah ditangani dan perbelanjaan dilakukan secara terkawal akan dapat membantu kerajaan menampung jumlah subsidi bahan api sekali gus mengelakkan senario kenaikan harga,”

Harga rumah naik tidak dapat dielak 

SENAI – Kenaikan harga rumah susulan akibat pengurangan subsidi diesel dan petrol RON95 oleh kerajaan baru-baru ini tidak dapat dielakkan bagi menampung kenaikan kos pengangkutan yang ditanggung kontraktor.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, Ir Mahmood Amir berkata, kenaikan harga rumah adalah senario biasa apabila berlaku kenaikan harga bahan api bagi mengelakkan kontraktor dan pemaju mengalami kerugian.

“Apabila harga minyak naik, secara tidak langsung harga semua barang juga akan naik, namun sejauh mana kadar kenaikan itu bergantung kepada pengiraan masing-masing.

“Kalau tidak naikkan harga, kontraktor terpaksa kurangkan saiz rumah untuk seimbangkan kos dan keuntungan mereka, jika tidak mereka akan rugi,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, pasaran perumahan dan hartanah dijangka terus rancak dalam tempoh jangka pendek walaupun berlaku kenaikan harga berikutan trend permintaan terhadap sektor hartanah meningkat ketika ini.

Bagaimanapun katanya, beliau menjangkakan masalah bakal timbul dalam kalangan pengguna dan pemilik rumah bagi tempoh jangka panjang kerana komitmen bayaran ansuran bulanan yang perlu ditanggung amat tinggi.

“Dalam tempoh satu atau dua tahun ini kenaikan harga rumah tidak akan menjejaskan pasaran perumahan kerana trend permintaan ketika ini sangat tinggi.

“Namun masalah akan mula timbul selepas tiga tahun kemudian apabila pembeli rumah terpaksa menanggung ansuran bulanan rumah yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Mahmood menggesa pihak kerajaan memberi perhatian sepenuhnya dalam menangani isu rasuah yang berlaku di negara ini di samping mengawal perbelanjaan agar tidak menyebabkan defisit kepada ekonomi.

“Saya percaya jika isu rasuah ditangani dan perbelanjaan dilakukan secara terkawal akan dapat membantu kerajaan menampung jumlah subsidi bahan api sekali gus mengelakkan senario kenaikan harga,” katanya.

The Star pula melaporkan harga sayur akan turut naik...

Vegetable prices going up due to fuel hike and rainy season 

JOHOR BARU: Vegetables, especially those imported from China, are more expensive now following the recent fuel price increase and the start of the rainy season.

Vegetable seller Latipah Dardak, 43, said that although a price increase was expected, some suppliers were taking advantage of the situation.

“Vegetable suppliers would have had extra stock stored but we noticed an immediate increase by about 20 sen per kilo after the fuel price went up last week.

“Of course, we received complaints from customers but most of them understand and accept the fact that they have to pay more,” she said.

She said some of the vegetables brought in from China included carrots, tomatoes and ginger.

“Carrots were priced at about RM1.30 per kilo and now they are sold at RM1.80. It is the same for tomatoes which were previously priced at RM1.50 per kilo and are now RM1.80,” she said, adding that the price of ginger had gone up from RM4.80 per kilo to RM5.60.

Latipah, who has been in the business for more than eight years, said fuel price increases always brought about a ripple effect on many other sectors

Faktor penurunan nilai ringgit juga perlu diambil kira dalam kenaikkan harga sayur yang diimpot itu..

Semuanya gara-gara berjaya diperbodohkan oleh pemipin-pemimpin UMNO.. maka 47 peratus pengundi telah menyokong BN dalam PRU yang lalu..

Hasilnya ekonomi seluruh rakyat Malaysia kini semakin terhimpit...

.... Aku terima bill elektrik tadi.. biasanya aku kena bayar lebihkurang RM80 hingga RM90 sahaja setiap bulan.. tapi bil terbaru ni aku kena bayar RM110.20.. elektrik pun dah naik ke?
Previous Post Next Post