PANAS!! Muhyiddin pelawa 'Parti Ajaran Sesat' sertai BN..


April lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melabelkan PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat' berikutan tindakan pemimpinnya yang kononnya memberi pelbagai kenyataan dan fatwa songsang yang mengelirukan rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

"Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," kata beliaui.

Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu.

"Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.

"Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya.

Tapi selang beberapa bulan...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.

Menurut beliau, BN sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatu padukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," kata beliau dalam Program Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak hari ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya semasa Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan PAS telah mencadangkan agar kerjasama politik di antara parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PKR dikaji semula.

Ini ekoran rasa tidak puashati mereka dalam kerjasama dengan PR khususnya PKR.

Menurut Muhyiddin, orang Islam di negara ini masih belum berada di tahap terbaik terutama dari segi pembangunan ummahnya.

"Amat penting untuk kita bekerja keras, Malaysia memerlukan kestabilan dalam politik, ia bukan boleh diraih begitu saja kerana itu amat penting adanya kerjasama dalam dua parti ini," kata beliau lagi.

Beliau turut mengakui kerjasama dengan ahli politik PAS membawa kebaikan bagi masyarakat Islam di negara ini.

"Persefahaman antara dua parti ini amat penting, kita perlu membina pertalian yang baik, bagi mencipta kejayaan masyarat melayu dan Islam," katanya.

Idea kerjasama antara Umno dan PAS bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah dibincangkan sebelum ini.

Bagaimanapun ia ditolak oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.

"Selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Tidak ada sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli,” tambah beliau lagi.

Menurut Nik Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaannya di negeri Kelantan.

Bagaimanapun, ia gagal mempertahankan negeri Kedah yang dimenanginya pada 2008.

Sementara Umno telah meningkatkan bilangan kerusi Parlimen mereka daripada 88 kepada 133 kerusi ~ The Malaysian Insider

Previous Post Next Post