Najib umum harga RON95 dan Diesel naik 20 sen..


Sejak dari tengahhari tadi soalan yang palin popular yang aku terima baik melalui SMS, BBM, e-mail dan FaceBook ialah... "Bro.. Betul ke minyak naik malam ni?"..

Memandangkan akupun tak berapa pasti apa yang aku jawab ialah kita tunggulah malam ini.. kemungkinan besar dinaikkan itu ada..

Dan akhirnya terbukti apa yang tersebar itu adalah benar bilamana dua portal berita on-line iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta Bernama telah melaporkan perkara ini..

Anggaplah ini sebagai satu hadiah sempena menyambut kemerdekaan dari Barisan Nasional buat rakyat Malaysia...

Ini laporan dari Malaysiakini..

Diesel, RON95 naik 20 sen  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.  
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi. Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,  
Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.  
Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010. 

Berikut pula adalah dari The Malaysian Insider..

Najib umum minyak RON95 naik 20 sen tengah malam ini  
Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.  
Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.  
"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib. Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter.

Ini pula laporan dari Bernama.. pendek saja.. 

Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. 
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Hari ini minyak naik.. esok barang asas dan juga keperluan hidup pasti akan turut naik, kerana diesel dinaikkan harga.

Oleh itu pengusaha akan memindahkan kos tambahan yang mereka tanggung disebabkan Diesel dinaikkan harga oleh Presiden UMNO itu kepada pengguna..

Ada Najib peduli semua itu??.. Ada pemimpin-pemimpin UMNO yang bantah tindakan Najib itu?

Mereka tak akan peduli semua itu sebabnya biarpun harga minyak meningkat kepada RM100 bagi satu liter sekalipun.. mereka tak merasakan keperitannya sebabnya.. kita rakyat yang menanggung segala perbelanjaan mereka itu..

Sikit hari lagi GST pula akan menghimpit kehidupan rakyat.. sila baca di SINI

Najib peduli apa semua itu.. rakyat nak marahpun rakyat boleh buat apa?.. tunggulah empat tahun lagi..

Apa punya bangang Menteri Kewangan yang Malaysia ada ni.. nak kurangkan defisit negara dipijaknya perut rakyat..

Maka gegak gempitalah 1Malaysia bilamana macai-macai UMNO melompat-lompat kegembiraan dengan peningkatan harga minyak ini...
Previous Post Next Post