RON97 naik 15 sen.. sebab dah kantoi ke?


Selain dari alasan untuk cuba memperbodohkan rakyat oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak ini aku tak jumpapun lain-lain alasan yang telah disediakan untuk menaikkan harga minyak RON97 ni..

Alasan bodohnya ialah tiada pengumuman awal dibuat berikutan persatuan tidak mahu ramai pengguna beratur panjang untuk mendapatkan bahan bakar tersebut seperti Isnin lalu sebaik sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sedangkan selama ini walaupun harga bagi RON97 mencecah RM3 satu liter.. tak pernahpun kelihatan pengguna-pengguna RON97 yang kebanyakkannya menggunakan kereta mewah beratur panjang untuk mengisi minyak..

Lagipun hanya 3 ke 4 peratus pemilik kenderaan menggunakan RON97 maka impak kenaikkannya tidak terlalu dirasakan..

Ini laporan dari The Malaysian Insider.. cuba korang baca ada alasan lain tak?

Harga RON97 naik 15 sen tengah malam ini

Harga RON97 akan dinaikkan 15 sen bermula tengah malam ini, dua hari selepas kerajaan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Datuk Hashim Othman berkata harga baru itu menjadikan harga RON97 dinaikkan kepada RM2.85 seliter.

Katanya, tiada pengumuman awal dibuat berikutan persatuan tidak mahu ramai pengguna beratur panjang untuk mendapatkan bahan bakar tersebut seperti Isnin lalu sebaik sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber dari Kementerian Kewangan menjelaskan harga RON97 tidak mendapat subsidi kerajaan tetapi berdasarkan harga pasaran dunia.

Sementara itu, ketua perancang ekonomi CIMB Lee Heng Guie berkata kenaikan RON97 tidak dapat dielakkan meskipun ianya tidak berkaitan dengan program rasionalisasi subsidi kerajaan.

“Hanya 3 ke 4 peratus pemilik kenderaan menggunakan RON97 maka impak kenaikkannya tidak terlalu dirasakan,” katanya.

Pada Mac lalu, harga RON97 mencatat kenaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.90 namun dua bulan selepas itu harganya diturunkan kepada RM2.70 berdasarkan harga purata minyak mentah global.

Ini pula dari Malaysiakini.. juga tiada alasan..

RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara "apungan terurus" yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 selitar pada September 2012.

Ini dari The Star.. tak ada alasan juga..

RON 97 petrol to cost 15 sen more per litre

PETALING JAYA: The price per litre of RON 97 petrol will be raised by RM0.15 starting midnight Wednesday, bringing its price to RM2.85, up from RM2.70 previously.

This was confirmed by the Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman, who refused to comment further on the matter until an official announcement was made by the government.

This sentiment was reciprocated by Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Minister Datuk Hassan Malek.

“Seems you know more about it than me. I can’t confirm or deny. Just wait for the announcement,” he said to The Star.

Jadi.. kesimpulannya ialah dinaikkan sebab dah kantoi sebab memberikan subsidi kononya kepada minyak yang berkualiti rendah RON95..

Oleh itu untuk meneruskan agenda memperbodohkan rakyat harga RON97 terpaksa dinaikkan supaya menjadi lebih mahal dari RON95 yang kononnya diberikan subsidi..

Sebelum ini telah dipersoalkan mengapa subsidi diberikan kepada RON95 yang rendah kualitinya tapi berharga RM0.03 lebih mahal dari RON97..

RON95 tanpa subsidi kononnya berharga RM2.73 manakala RON97 pula berharga RM2.70..

Bila dipersoalkan mengapa subsidi diberikan pada RON95 bukannya RON97 yang lebih murah dan berkualiti.. dinaikkan pula harga RON97.. Kah.. Kah.. Kah..

Persoalan yang telah dibangkitkan itu.. sila baca di ( SINI )
Previous Post Next Post