Nak naikkan harga gula.. Menteri kitar semula alasan lama...


Dulu bila Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak hendak menaikkan harga gula pada tahun 2012 beliau juga menggunakan alasan ini..

Kononnya subsidi harga gula terpaksa dikurangkan dan mengakibatkannya naik 20 sen ialah untuk kebaikkan rakyat.

Dimana menurut Najib, dengan peningkatan harga komoditi itu rakyat Malaysia akan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan juga minuman mereka..

Lantas ini akan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes serta dalam masa yang sama mengurangkan jumlah pesakit tersebut..

Setelah Najib mengumumkan langkah menaikkan harga gula itu maka keluarlah satu statistik dari Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) yang menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun 2011.

Selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata "Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,"

Katanya lagi, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

Kini alasan yang sama untuk menaikkan harga gula diulang oleh seorang Menteri dan fakta tentang jumlah pesakit diabetes juga diulang kembali..

Kalau ikut statistik Menteri ni.. kadar pesakit diabetes dinegara ini langsung tak meningkat, sebabnya kajian pada tahun 2011 menunjukkan 2.6 juta menghidap diabetes..

Pada tahun 2013 angka yang sama juga digunakan oleh Menteri ini iaitu 2.6 juta orang juga... jadi mana peningkatannya?

Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

Sudah-sudahlah nak perbodohkan rakyat tu.. sedarlah bukan semua rakyat bodoh macam macai UMNO tu.....

Cakaplah terus terang.. Kerajaan terpaksa naikkan harga gula pula sebab menaikkan harga minyak hanya memberikan kesan yang kecil dalam mengurangkan defisit negara...
Previous Post Next Post