Anak VIP mana dah kantoi bawa masuk 22 'Super Car' tak bayar cukai ni?


Harian Metro cuma melaporkan anak seorang VIP adalah antara pemilik 22 kereta mewah yang telah dirampas oleh pihak Kastam Diraja Malaysia kerana dibawa masuk tanpa membayar cukai, anak VIP mana entahlah..

VIP tersebut tentu seseorang yang punya kuasa oleh itu anaknya mungkin yakin bahawa kuasa yang dimiliki oleh bapanya pasti akan mengecualikannya dari tindakan undang-undang..

Jadi bolehlah dia anggap negara ini mak bapak dia yang punya, boleh buat ikut suka dia saja...

Ini sebahagian dari laporan yang dipetik dari myMetro..

Anak VIP kantoi 
Kuala Lumpur: Sejumlah 22 kereta mewah milik anak orang kenamaan (VIP) dan ahli perniagaan termasuk 15 Ferrari yang didapati tidak membayar cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam beberapa serbuan termasuk menahan 12 kereta itu ketika pemiliknya mahu mengadakan majlis perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, 16 Oktober lalu. 
Hasil rampasan itu, pihaknya melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong, jam 9 malam, 18 Oktober dan merampas sebuah Ferrari dan sebuah Lamborghini. 
Dalam serbuan ketiga Ahad lalu pula, dua Ferrari, Bentley dan Posche dirampas dalam treler yang menghala ke utara tanah air di Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Perak, jam 2 pagi. 
Pemandu treler berusia 50 tahun itu kemudian ditahan dan mendakwa diupah membawa empat kereta mewah itu ke Langkawi dipercayai untuk mengelak dirampas kastam kerana melebihi tempoh berada di Kawasan Utama Kastam (KUK). 
Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam serbuan keempat jam 7 pagi hari sama, dua Lamborghini dan sebuah Nissan GTR 35 dirampas di pusat pameran kereta di Cheras dan dalam serbuan terakhir jam 9 malam kelmarin di Manjalara, Kepong, sebuah lagi Ferrari dirampas ~ Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tahniah diucapkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia.. sementara itu The Star pula melaporkan..

Customs Department seizes 22 luxury cars 
KUALA LUMPUR: The authorities are not impressed with a group of owners of luxury sports cars like Ferrari and Lamboghini, found to have evaded Customs duties amounting to RM17mil. 
A total of 22 such cars, valued at RM25.8mil, were confiscated by the Customs Department this month after officers found that the owners had breached Clause 21A of the Customs Duty Order (Exemption) 1988 for not paying the duties. 
Under Clause 21A, vehicles bought on the islands of Langkawi or Labuan may not be kept away for more than a month each time, or for more than a total of 90 days a year. 
Customs director-general Datuk Seri Khazali Ahmad said the cars were taken out of the duty-free islands for more than the allowed period. 
“Their owners were not permanent residents of the islands, who are granted exemptions under the clause. Furthermore, the vehicles had been used in the mainland for over six months,” he told reporters here yesterday. 
Khazali said the first batch of the 22 cars – 11 Ferraris and a Rolls Royce – were confiscated on Oct 16 at a hotel carpark here by a team from the Kuala Lumpur Customs Department, who received a tip-off. 
Two days later, the same team seized a Ferrari and a Lamborghini from a house in Desa Park City. 
On Sunday, four cars – two Ferraris, a Bentley and a Porsche – were seized from a trailer at the Tapah RnR. 
Khazali also said his department has identified 379 other vehicles that have flouted the same regulation and warned that the owners had two weeks from today to surrender their cars ~ The Star

Anak siapalah agaknya tu...

Ada baiknya kereta-kereta yang dirampas ni bila habis kes dibicarakan ditransformasikan menjadi kereta Polis, letak di Johor kalau boleh di IPD yang dekat dengan Tambak Johor..

Biar terkedu rakyat Singapura yang sering menjadikan Lebuh raya di Malaysia ni sebagai track race mereka...

Previous Post Next Post