Bravo Khairy!!.. Shabery Cheek mana?.. dah bisu ke?


Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.

Ahmad Shabery berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.

Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.

"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta. 

"Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya.

Itu apa yang dikata oleh Shabery Cheek pada masa beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan pada masa itu,,

Oleh kerana konsert itu disahkan tidak ditaja..tanggungjawab bagi menjelaskan kenapa rakyat ditipu oleh KBS pada masa itu sepatutnya ditanggung oleh beliau.. kenapa dia membisu agaknya?

Khairy pula yang menjawab bagi pihaknya...

Menteri Belia dan Sukan Khairy jamaluddin, hari ini menegaskan pemimpin – pemimpin kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Jelas Khairy beliau memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut.

“Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan.

“Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini,” katanya memetik kenyataannya di laman mikro Facebooknya.

Menyentuh perkara yang sama Khairy turut menegaskan beliau juga turut bertanggungjawab terhadap perbelanjaan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS),walaupun sebelum baliau dilantik sebagai Menteri di Kementerian tersebut.

“Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.

“Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau ‘collective responsibility’ bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah,” tegasnya.

Manakala menyentuh mengenai kes ‘claim’ kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, katanya pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan beliau diberitahu siasatan tersebut sudah sampaidi peringkat terakhir.

Sementara menyentuh mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai baginya memang betul konsert itu dibiayai oleh KBS.

“Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

“ Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013,”katanya.

Sehubungan itu menurut Khairy,KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi.

“Dana karajaan adalah wang rakyat.

“Kita mesti ‘accountable’ pada setiap sen yang dibelanjakan,” tegasnya~Sinar

Ketua Setiausaha Menteri Belia dan Sukan, Mohd Mohamad tu tak rasa bersalah ke?
Previous Post Next Post