Calon Naib Ketua Pemuda UMNO dakwa Najib Pembohong dan sekolahkannya?


Apa yang jelas dari kenyataan calon bagi Naib Ketua Pemuda UMNO ini ialah.. ini hanyalah kata-kata bagi menunjukkan kepada seluruh ahli UMNO kononnya beliau seorang yang berani bersuara..

Tapi.. yakinlah jika beliau dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan diberikan sedikit kepentingan dalam mana-mana GLC, tak akan ada suara begini lagi..

Sebabnya takut kepentingan hilang...

Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak.

Bakal calon Naib Ketua Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi.

"Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan.

"Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini.

Lokman berkata kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda kerana ia jelas melanggar janji untuk tidak menaikkan harga barang selepas Pilihan Raya Umum.

"Golongan muda kebanyakannya mudah memberontak, mereka akan berjuang terhadap apa jua bentuk ketidakadilan dan ketidaksamaan.

"Dalam perkara ini, kerajaan telah melanggar janji mereka walaupun berpegang teguh kepada prinsip dan amalan 'janji ditepati'," katanya.

Beliau berkata kerajaan harus mengambil pendekatan yang munasabah dalam menangani masalah itu daripada membuat pengumuman yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Saya amat kecewa apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Ia seperti memberi ganjaran kepada rakyat bersempena 100 hari pentadbiran mereka," katanya.

Justeru, Lokman berkata beliau berharap dalam mengemudi sayap Pemuda yang boleh menjadi 'kumpulan pendesak' daripada hanya menjadi 'penyelesai masalah'.

"Saya yakin golongan muda akan menyertai kami sekiranya kami terus menyuarakan masalah mereka. Itulah yang sebenarnya dilakukan 'kumpulan pendesak'," kata Lokman.

Lokman yang akan menentang tiga pencabar untuk jawatan itu pada pemilihan parti yang akan datang turut berkata, beliau akan berjuang untuk kaum bumiputera.

Beliau berkata, ini kerana peningkatan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan sayap-kanan Melayu yang mengambil alih peranan mereka.

"Oleh itu, sayap Pemuda dilihat sebagai lemah apabila hak Melayu dicabar oleh orang lain," katanya.

Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, keutamaan harus diberikan kepada kaum Melayu kerana mereka adalah deposit tetap Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

PRU-13 pada Mei lalu menyaksikan peningkatan ketara undi kaum Cina kepada pembangkang yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'tsunami Cina'.

Meskipun situasi itu mengejutkan Barisan Nasional, Umno berjaya merampas kembali sembilan kerusi yang tewas pada pilihan raya umum 2008, satu bukti sokongan Melayu yang kuat, kata Lokman.

"Kini kita harus fokus terhadap 'deposit tetap' kerana apabila kaum Melayu kuat dan bersatu, kaum-kaum lain tiada pilihan selain menerima hakikat bahawa mereka bergantung kepada kaum Melayu atau mereka akan kehilangannya ~ mStar

Previous Post Next Post