Isu bayar K-Pop RM1.6 Juta: Ini jawapan Shabery Cheek ..


Sehari selepas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihak kementeriannya membayar RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert, penyandang jawatan itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan wang itu datang daripada para penaja.



Menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan itu, kementerian menerima RM20 juta daripada penaja korporat dalam dan luar negera untuk sambutan itu.

Beliau berkata, wang tajaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara oleh para penaja di mana ia tidak diambil kira oleh pihak Jabatan Audit Negara.

"Juruaudit hanya melihat jumlah yang keluar daripada akaun kementerian," katanya dalam satu kenyataan di Facebook sambil mendakwa jabatan itu bersikap ‘culas’.

"Ia bukan wang pembayar cukai yang disia-siakan seperti dakwaan pihak pembangkang yang merujuk kepada ringkasan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara ."


Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan Selasa lalu mendedahkan sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan untuk membawa masuk tiga kumpulan pop dari Korea Selatan untuk mengadakan persembahan di konsert itu datangnya daripada duit kerajaan.

Semalam, Khairy mengakui kementerian itu terpaksa membayar untuk konsert K-pop yang diadakan sepanjang sambutan Hari Belia Sedunia tahun lalu selepas para penaja menarik diri. 


"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta telah dibuat pada masa itu, terdapat tawaran daripada mereka untuk membayar untuk konsert itu,"

Khairy menjelaskan hal itu di laman Facebook rasminya semalam.

Beliau berkata selepas pelan penajaan itu gagal, pihak kementerian terpaksa mengambil alih.
Khairy juga mendedahkan bahawa kementerian telah membatalkan konsert K-pop bagi sambutan Hari Belia 2013 ~ The Malaysian Insider

.... Persoalan lain yang timbul dari kenyataan Shabery Cheek ini... Mengapa pula wang tajaan untuk artis K-Pop itu perlu dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tidak terus dibayar oleh penaja kepada artis-artis itu?
Previous Post Next Post