KDN batal lesen syarikat Kawalan Keselamatan.. Syarikat mana?.. nak tahu?.. baca nih..


Mula-mula kita ucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana langkah drastik yang diambilnya terhadap Syarikat yang menggaji Pengawal Keselamatan yang telah membunuh seorang Pegawai Bank baru-baru ini.

Tindakan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri ialah membatalkan dengan serta merta lesen syarikat tersebut, namun tidak dinyatakan apakah nama syarikat tersebut...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam. 
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. 
"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api. 
"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. 
Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya. 
Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.
"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya. 
Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api. 
Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan. 
"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya. 
Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta. -Bernama

Namun begitu tindakan KDN itu menimbulkan berbagai persoalan dalam fikiran aku.. antaranya ialah dengan tidak menamakan syarikat terbabit kita tidak akan tahu siapa pemiliknya..

Oleh itu individu yang memiliki syarikat tersebut berkemungkinan besar hanya perlu menjenamakan semula syarikatnya dan memohon lesen sekali lagi..

Bagaimana syarikat tersebut membayar gaji kepada pengawal yang menembak mati seorang ibu berusia 37 tahun itu, sedangkan individu tersebut dikatakan memiliki MyKad palsu?

Kita tahu pada masa ini kebanyakkan syarikat membayar gaji pekerjanya melalui Bank, untuk membuka akaun dalam sesebuah Bank perlu dikemukan MyKad..

Dan banyak lagi persoalan yang aku fikirkan ini juga difikirkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..

Menurut Tuan Ibrahim...

Tidak wajar bagi KDN sekadar mengisytiharkan syarikat itu digantung lesen sedangkan pelbagai persoalan timbul termasuk prosedur menggaji pengawal keselamatan itu yang memiliki kad pengenalan palsu.  
"Antaranya bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu? Berapa lagi orang yang memiliki IC palsu di negara ini. Ini di bawah tanggungjawab KDN untuk menjawab kepada rakyat.  
"Kedua bagaimana penjenayah ini dapat diterima kerja dengan IC palsu? Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

"Bagaimana bayaran gaji dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dibuat? Apakah penjenayah itu mempunyai akaun KWSP?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.  
Perkara yang paling membimbangkan, kata Tuan Ibrahim lagi, individu yang memiliki IC palsu itu diberikan kuasa dan kebenaran memegang senjata api dan menganggapnya sebagai "satu kejutan bagi rakyat Malaysia" tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi.  
"Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?" kata Tuan Ibrahim ~ Malaysiakini

Jadi.. kalau korang nak tahu Syarikat apa dan siapa pemilik syarikat tersebut.. silalah baca di ( SINI ) dan juga di ( SINI )
Previous Post Next Post