Najib benarkan Kristian guna Kalimah Allah, Apa Noh Gadut nak kata?.. Pejuang Kalimah tak nak demo ke?


Berkatalah Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut pada 16 Oktober lalu.. orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.

Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online.

Oleh kerana terpaksa menjaga hati rakyat Sabah dan Sarawak yang menjadi fixed deposit buat Barisan Nasional.. Najib terpaksa bersuara untuk menjaga hati rakyat Sabah dan Sarawak..

Maka berkatalah Najib...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. 
Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri. 
"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya. 
Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini ~ The Malaysian Insider

Nak jaga hati punya pasal.. Najib terpaksa meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya dan secara tidak langsung beliau juga telah mewujudkan dua set undang-undang bagi negara ini..

Sebelum itu, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, berkata penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung isu Allah terpakai kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sedangkan menurut para Peguam yang mahir dalam selok belok perlembagaan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu adalah pengharaman secara menyeluruh perkataan itu yang memberi kesan kepada semua penganut Kristian di Malaysia..

Peguam Fahri Azzat, berkata keputusan mahkamah itu menyebabkan kekeliruan. 
“Pertamanya kita harus membezakan kenyataan dibuat mengikut perspektif politik. Tidak benar ia tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana jika sesiapa saja membawa kes itu di Malaysia Timur, menteri dalam negeri juga boleh menyekat penggunaan perkataan itu di sana. 
“Ini masih belum berlaku pada ketika ini, tetapi jika sesiapa mencabarnya, ia akan terpakai,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam. 
Peguam Edmund Bon, berkata mahkamah berhujah bahawa kalimah Allah diharamkan bagi akhbar mingguan Herald kerana ia tidak termasuk dalam ajaran Kristian dan dalam ibadah mereka. 
“Ini bermakna penghakiman tersebut melibatkan semua Kristian,” katanya. 
Presiden Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Jagir Singh yang juga seorang peguam mempersoalkan mengapa negara mempunyai dua set undang-undang dalam isu ini. 
“Ini tidak betul kerana kita hanya boleh mempunyai satu undang-undang terpakai di seluruh negara,” katanya. 
Jagir berkata, penghakiman itu mempunyai implikasi besar dan memberikan menteri dalam negeri kuasa mutlak yang tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula oleh mahkamah. 
“Dalam kes Herald, tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan akhbar tersebut digunakan untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada umat Islam. Sebaliknya, bukti menunjukkan ia hanya digunakan kepada penganut Kristian,” katanya. 
“Keenganan mahkamah untuk melihat sama ada menteri dalam negeri adil atau tidak bermakna beliau sekarang mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap agama lain,” katanya. 
Jagir berkata, bahaya sekarang adalah menteri dalam negeri mungkin boleh mengawal selia kebebasan asas, termasuk kebebasan beragama dengan hujah sesetengah pihak mungkin terkeliru atau mengganggu ketenteraman awam dan mahkamah hanya berdiam diri tanpa memikirkan faktor perundangan, keadilan dan kesaksamaan. 
Semua peguam itu bersetuju bahawa apa yang gereja Katolik dan bukan Islam boleh lakukan adalah untuk merayu di Mahkamah Persekutuan atau Parlimen ~ The Malaysian Insider..

Hmmm.. apa Noh Gadut nak kata kali ni?.. macai-macai yang bermati-matian nak pertahan Kalimah Allah tu dah kemana?..

Najib benarkan Kristian guna Kalimah Allah tu.. tak nak buat demo ke? atau nak biarkan saja akidah ummat Islam di Sabah dan Sarawak ni tergugat?
Previous Post Next Post