Patutlah pemimpin UMNO yang menyeleweng tak pernah didakwa... ini sebabnya rupanya..


Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.

"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu. 

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya. "Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim lapor Malaysiakini.

Ini adalah kitaran UMNO..


Sementara itu Sinar Harian pula melaporkan..

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memberitahu isu penyelewengan sering dikaitkan kurang kecekapan ekoran pihak yang terlibat bijak ‘buat bodoh’.

Akhirnya, pihak tersebut hanya menerima surat teguran daripada pihak atasan atas kurang kecekapan tersebut.

Beliau berkata demikian di pentas Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’, hari ini.

Pentas wacana turut menampilkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang;, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed .

“Orang yang paling bijak dalam perkara penyelewengan adalah pihak yang selalu menjawab 'oh macam itu ya. Saya tak tahulah. Saya bodoh dalam perkara ini'.

“Yang paling bijak, yang paling pandai, buat bodoh. Hanya apabila buat bodoh, ia bukan menjadi perkara penyelewengan. Ia menjadi isu kurang kecekapan,” katanya.

Beliau menambah, pihak terbabit hanya akan menerima surat teguran berbanding hukuman yang sewajarnya dikenakan.

“Apabila kurang cekap, terpulang kepada pihak ketua dan menteri untuk beri satu surat teguran.

“Jadi, sangat mudah untuk berlagak bodoh, dah keluar dari masalah,” katanya.

Previous Post Next Post