Pemilihan UMNO pun perkuda Harta Kerajaan ke Datuk Seri?


Minggu lalu pencabar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail mendakwa Khairy Jamaluddin menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan UMNO.

Bagaimanapun dakwaan atau tuduhan itu telah disangkal oleh Khairy, beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan.

"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya lapor The Malaysian Insider.

Khairy nafikan menggunakan Kementerian yang diterajuinya untuk berkempen..

Ini pula satu lagi dakwaan oleh individu yang telah diangkut ke sebuah majlis yang Menterinya turut bertanding sebagai calon bagi Ahli Majlis Tertinggi dalam Pemilihan UMNO bagi 2013 ini..

Baca laporan ini dulu...

SERDANG: Persepsi bahawa sektor pertanian masih di takuk lama dan kotor menyebabkan hanya 15 peratus golongan belia menyertai bidang itu, walaupun ia penyumbang ketiga terbesar ekonomi negara.

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Perunding Agropreneur yang baru ditubuhkan membolehkan belia mencetuskan idea dan pandangan kreatif untuk melonjakkan sektor pertanian.

“Bagi menyuntik minat kumpulan sasaran, MOA melalui kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan pelbagai program seperti MYAGROSIS yang boleh menjana pekerjaan serta peluang menjalankan aktiviti keusahawanan berasaskan pertanian.

“Selain itu, transformasi dalam bidang pertanian perlu dilakukan untuk meningkatkan pendapatan dalam sektor ini melalui ‘jihad memerangi orang tengah’ kerana sebelum ini walaupun pelbagai bantuan disalurkan kepada petani, taraf hidup mereka tidak berubah.

“Antara aspek diberi tumpuan ialah melakukan penambahbaikan dari segi pemasaran, mewujudkan lebih 1,000 pasar tani menjelang 2020, membina lebih banyak kilang air batu di kompleks pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta kilang makanan ternakan sendiri agar pendapatan mereka meningkat,” katanya ketika berucap dalam pertemuan dengan 5,000 pemimpin peladang, penternak dan nelayan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, semalam ~ myMetro

Ini apa yang tidak dilaporkan oleh myMetro..

Meskipun Majlis ini adalah Majlis rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang segala kos yang melibatkan majlis ditanggung oleh Kerajaan ianya telah disalahguna untuk kepentingan peribadi.

Kerana terlalu yakin bahawa semua yang hadir ke Majlis tersebut adalah ahli-ahli UMNO belaka, Menteri terbabit telah menggunakan majlis itu dengan sebaik-baiknya bagi menjalankan kempen untuk mendapatkan undi bagi dirinya.

Dengan itu sedari awal lagi, ketika peserta yang diangkut dengan puluhan buah bas dari segenap pelusuk negara ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia menurut sumber telah dihulurkan kad yang tertera nombor calon bagi Ahli Majlis Tertinggi itu di muka pintu dewan..

'jihad memerangi orang tengah'

Apabila melangkah ke dalam dewan pula, disetiap buah kerusi telah diletakkan bahan kempen calon tersebut bersama-sama bahan kempen lain-lain calon..


Tanpa segan silu pula pemimpin yang sama didakwa telah menggunakan peluang yang ada ketika menyampaikan ucapan untuk memperkenalkan calon-calon yang turut bertanding dalam Pemilihan UMNO itu..


Tak cukup di dalam Dewan kempen dijalankan, di luar Dewan juga digunakan sebaik munkin oleh calon-calon untuk meneruskan kempen..


Sumber yang mengirimkan info mengenai perkara ini mempersoalkan berapa banyakkah belanja yang telah dihabiskan untuk jamuan makan tengahari, menyediakan puluhan bas, elaun-elaun peserta dan tuntutan perjalanan, elaun dan juga tuntutan penginapan pegawai-pegawai agensi di bawah Kementerian untuk kepentingan peribadi pemimpin terbabit??


Previous Post Next Post