PKR Lakukan provokasi 'Gantung Kaki Ustaz Azizan' di Sungai Limau?.. Nak tuduhpun agak-agakla...


Hari ini dalam kehangatan kempen pilihanraya kecil bagi DUN Sungai Limau yang semakin memuncak, Malaysia menyaksikan satu corak kempen yang jauh dari nilai kemanusiaan.

Entah apa yang bermain dalam fikiran mereka hingga tergamak mereka mempermainkan individu yang telah meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya empat atau lima replika kaki yang telah dipotong dengan tertera tulisa 'Kaki Ustaz' telah ditemui digantung dibeberapa tempat dalam kawasan DUN Sungai Limau.

Selain dari ditemui di papan tanda seperti di atas.. ada yang ditemui di hadapan Bilik Gerakan BN..


Ada yang ditemui tergantung di atas pokok..


Malah ada juga yang ditemui tergantung di lampu isyarat..


Bukan mahu menuduh sesiapapun dalam hal kempen secara biadap dan kurang ajar ini kerana bagi aku ianya satu kempen yang tak sepatutnya berlaku dan dilakukan dalam negara yang masyarakatnya dikenali dengan sopan santun ini.

Bagi aku juga samada untuk memenangi atau mempertahankan kita sewajarnya bertindak atas dasar kemanusiaan dalam berkempen bukannya bersifat kebinatangan hanya kerana mahu mengejar kuasa politik, yang pergi biarlah beliau pergi dengan aman.. jangan dipermainkan kematiannya.

Tidak terfikirkan individu yang melakukan perkara ini apakah perasaan keluarga Allahyarham Ustaz Azizan yang masih hidup dan menetap di DUN tersebut?

Sewajarnya pihak Polis menjalankan siasatan dan mendedahkan siapakah dalang yang melakukan perkara ini..

Jangan kita terlalu cepat menuding jari kearah pihak mana sekalipun.. dan paling penting jangan jadi seperti macai di bawah ini..

Kerana perasaan benci yang tertanam dalam dirinya terhadap PKR.. tanpa usul periksa dituduhnya PKR yang lakukannya...


Menurutnya...

Dalam PAS memang ada yang memusuhi Azizan tapi mereka terlibat dalam PRK Sg Limau dan mahukan kemenangan buat diri mereka.

UMNO hanya bersaing politik dengan arwah Azizan tapi dia tetap dihormati.

Nampaknya hanya satu pihak saja yang sedia melakukan sesuatu yang tidak sopan dan menghina arwah Azizan iaitu kumpulan PKR.

Kononnya motifnya pula..

Azizan tidak mempercayai Anwar dan mengetahui Anwar memandang rendah kaum ulamak. Dia juga tidak bersetuju dengan agenda Buku Jingga yang dibawa Anwar.

PKR pula telah ditegur PAS kerana pakaian menjolok mata. Mereka juga dihalang dari mengkibarkan bendera di Sg Limau.

Markas mereka telah dihijaukan kini oleh PAS. Tidak hairan PKR selagi cuba nak sabotaj. Cuma kalau mereka sabotak, kaum Anwarinas yang disabotaj.

Passti mereka akan tuduh UMNO lakukan. Padanlah mereka tak potong kaki patong.  

Tentang UMNO menghormati Allahyarham Ustaz Azizan itu.. mungkin Blogger UMNO itu terlupa tentang tindakan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin yang mengaitkan kenaikkan harga gula dengan Allahyarham..

Hingga menyebabkan keluarga Allahyarham terguris hati mereka dan mendesak beliau meminta maaf..

Allahyarham tidak mempercayai Anwar pula.. aku kurang pasti pula sebab orang kata 'Dead man cant talk'. jadi kita boleh tuduh apa saja..
 
Hakikatnya.. PKR ditegur oleh PAS baik dari sudut mana sekalipun, langsung tak menjadi kudis.. kerana dalam PKR kebanyakkan pemimpin adalah bersifat terbuka dan tegur menegur itu perlu demi kebaikkan bersama.. tapi ada juga yang bersifat pendendam.. ada.. tapi tak banyak.

PKR dihalang dari mengibarkan bendera oleh PAS dalam PRK Sungai Limau itu adalah satu fitnah yang nyata menyerlahkan kejahilan dalam gerak kerja pilihanraya Blogger UMNO itu selain dari tuduhan PKR melakukan provokasi di atas..

Setiap individu yang pernah terlibat secara langsung dalam gerak kerja di Bilik Gerakan Pilihanraya pasti tahu bahawa jika dalam PRU ataupun PRK, hanya bendera parti yang bertanding sahaja dibenarkan dikibarkan..

Contohnya dalam PRK N20 ini BN menentang PAS.. jadi hanya bendera BN dan PAS yang dibenarkan dikibarkan, Bendera PKR atau DAP yang membantu PAS hanya dibenarkan berkibar di Bilik Gerakan mereka sahaja..

Jika pihak PKR tetap berdegil mahu mengibarkannya, SPR berkuasa sepenunya untuk menurukan bendera tersebut samada ada aduan atau tidak... 

Lagipun semalam Anwar telah turun ke Sungai Limau dan hari ini pula Presiden PKR pula ke Sungai Limau.. jika PKR mahu PAS kalah, pasti tak akan dikerah petugas-petugas dari seluruh negara ke Sungai Limau..

Kalahnya PAS dalam PRK ini sudah pasti akan turut sama melemahkan moral ahli-ahli PKR selain dari ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PR khususnya..

Nak tuduhpun agak-agaklaaa sedara...
Previous Post Next Post