Azalina dilantik sebagai Pengerusi Chemical Company of Malaysia Bhd. (CCM)..


Sebelum Pemilihan Agung UMNO 2013 beberapa minggu yang lalu..

..... Ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman menarik diri dari bertanding sebagai Ketua Wanita Umno dipercayai selepas tawaran jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataannya itu berkata, tawaran jawatan terttinggi di GLC tertentu sebagai imbuhan kepada Azalina yang menarik diri dari mencabar penyandang

“Rundingan dalaman sedemikian bukan sahaja menggalakkan kronisme, tetapi terus menggalak dan memarakkan budaya buruk.

“Ini seolah-olah contoh yang boleh diibaratkan peluang kepada ahli Umno merasakan dengan mencabar untuk jawatan pucuk pimpinan, maka akan dianugerahkan jawatan tertentu,” kenyataan Zuraida dipetik.

Azalina, bekas ketua Puteri Umno, pada 10 September lalu mengesahkan menarik diri daripada pertandingan Ketua Wanita parti itu, kononnya atas faktor menerima nasihat.. lapor Keadilandaily

Mengulas mengenai dakwaan Zuraida itu.. Ahli Parlimen Pengerang itu meminta Ketua Wanita Keadilan, untuk mengemukakan bukti kononnya beliau menarik diri sebagai calon Ketua Wanita selepas menerima tawaran jawatan tertinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Beliau yang juga calon Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan kali ini menjelaskan sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang surat tawaran jawatan dari mana-mana GLC di negara ini.

"Saya sebenarnya belum menerima apa-apa surat tawaran pun. Tetapi jika dia mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu, saya mohon jasa baik beliu untuk menghubungi saya nanti,'' katanya.

Setelah Pemilihan UMNO berlalu dan Sharizat kekal sebagai Ketua Wanita UMNO...

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, 49, dilantik sebagai Pengerusi Chemical Company of Malaysia Bhd. (CCM) bermula hari ini.

Menurut syarikat itu di dalam kenyataannya ke Bursa Malaysia, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, 62, yang melepaskan jawatan itu untuk memberi komitmen tugasan yang lain.

Azalina mempunyai latar belakang pendidikan perundangan daripada Universiti Malaya dan London School of Economics and Political Sciences.





Previous Post Next Post