Batalkan PAS: Ini penjelasan Karpal Singh..


Sebelum PRU13 lalu para pemimpin Pakatan Rakyat yang sering diputarbelit kenyataannya oleh Media-media tunggangan UMNO/BN telah menggesa agar rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat memboikot media-media tersebut..

Sehari dua ini, apabila BERNAMA melaporkan Karpal Singh telah mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Tanpa merujuk dulu kepada Karpal samada laporan itu benar atau telah diputar belit oleh BERNAMA, Karpal menjadi 'punching bag' kepada ramai pemimpin dan penyokong PAS yang percaya 101% laporan BERNAMA itu... Karpal diserang bertubi-tubi..

Dan apabila Lim Kit Siang memberikan jawapan setelah beliau merujuk kepada Karpal, ada pula yang masih tak puas hati.. mahukan Karpal sendiri yang menjawabnya..

Berikut adalah penjelasan Karpal mengenai kemelut ini..

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menafikan pernah mengeluarkan kenyataan meminta supaya pendaftaran PAS dibatalkan. 
Sebaliknya, pemimpin veteran itu dalam kenyataannya hari ini, berkata beliau menyatakan bahawa PAS mempunyai kesedaran mengenai keperluan masyarakat majmuk di negara ini dengan mengadakan Kongres Penyokong bukan Islam. 
“Saya juga ada menyatakan pada sidang media Selasa lalu bahawa ia tidak seperti Umno, MCA dan MIC, parti yang berasaskan perkauman dan perlu dibatalkan pendaftarannya,” katanya. 
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu ditujukan kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam akhar mingguan Katolik, Herald. 
Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan membuat permohonan maaf terhadap PAS.
Karpal berkata, pemimpin tertentu daripada parti Islam itu turut menyertai beberapa yang lain mengkritiknya mengenai tuduhan kenyataan itu. 
“Benar saya ada menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional yang berasakan kaum patut membuka pintunya kepada kaum lain, dan malangnya ia termasuk PAS. 
“Tetapi, saya menambah bahawa PAS mengiktiraf keperluan masyarakat pelbagai bangsa dengan mempunyai sayap penyokong bukan Islam,” katanya. 
Karpal berkata, PAS menubuhkan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum pilihan raya umum pada 2004 dan turut bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2013. 
Malah, katanya, pada pilihan raya umum 2008, PAS meletakkan calonnya berbangsa India untuk bertanding merebut kerusi Tiram di Johor. 
Beliau yang terkejut menerima serangan daripada ahli akademik, politk dan pengulas, berkata beliau meminta PPMM dimansuhkan kerana mengutuk Majlis Peguam. 
“Saya tetap dengan pendirian saya meminta supaya pendaftaran PPMM dibatalkan. Persatuan itu ditubuhkan pada 1988 ketika pemecatan Tun Salleh Abas, dan mendapat sokongan Dr Mahathir Mohamad, pada ketika itu perdana menteri yang membawa kepada ahli persatuan berkenaan berhimpun dan berdemonstrasi secara ganas di depan pejabat Majlis peguam berdekatan stesen Masjid Jamek,” katanya. 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu, PPMM memberi amaran kepada Majlis Peguam supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyokong rayuan semula kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, Herald atau mereka yang berbuat demikian bakal berdepan dengan tindakan. 
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata Majlis Peguam dilihat selalu mengambil langkah yang bertentangan dengan kepercayaan umat Islam di negara ini dan PPMM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya mereka masih berdegil. 
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, ketika membalas kenyataan PPMM, berkata Majlis itu tidak terhalang dengan ugutan berkenaan dan peranannya adalah mendapatkan keadilan dan kebenaran tanpa rasa takut atau berkepentingan ~ The Malaysian Insider

Pemimpin-pemimpin PR yang serang Karpal tu.. tak ada ke no Hp Karpal untuk dihubungi minta penjelasan dari dia?

Atau sekarang ni PR dah tak boikot media-media yang ditunggang oleh UMNO/BN?
Previous Post Next Post