Najib kata dia tegas pertahan kalimah Allah


Kalau nak terangkan kepada anak-anak akan maksud tegas yang Najib maksudkan dalam hal ini.. aku tak tahu nak terangkan macam mana..

Di Sabah dan Sarawak, beliau benarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.. tapi di Semenanjung pula tidak dibenarkan.. Apa punya tegas ni?

Najib tegas pertahan kalimah Allah 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) bertegas akan tetap mempertahankan kalimah Allah demi bangsa, agama, dan negara. 
Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrahnya, Najib berkata, ketegasan itu bagaimanapun dibuat secara berhemah melalui konsep Wasatiyyah yang menjadi asas kemakmuran Malaysia. 
"Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta. 
"Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah," katanya dalam perutusan berkenaan yang boleh didapati di laman web www.1malaysia.com.my. 
Isu berkaitan penggunaan kalimah Allah tercetus sejak 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald menggunakan kalimah berkenaan dalam penerbitan mingguan berbahasa Melayu mereka bagi kegunaan penganut Kristian Katolik. 
Mahkamah Rayuan memutuskan Herald dilarang menggunakan perkataan berkenaan.
Najib berkata, selaras dengan semangat hijrah, Bajet 2014 dirangka untuk mengukuhkan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksanakan janji kepada rakyat. 
"Hakikatnya Malaysia terus berkembang melalui pelaksanaan program transformasi ekonomi yang kita lancarkan," katanya. 
Beliau turut memetik Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 yang meletakkan Malaysia pada kedudukan keenam berbanding ke-12 tahun lalu. 
"Ini mencerminkan kejayaan agenda penghijrahan yang dilakukan. Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh apabila muncul satu-satunya negara Islam yang berada dalam kedudukan 10 negara terbaik," katanya ~ The Malaysian Insider

Previous Post Next Post