Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan?.. Siapa Jamil Khir nak perbodohkan ni?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menyifatkan jualan murah gula dan beras yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini adalah satu kebetulan.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai berkata, jualan murah tersebut dijadikan modal pembangkang untuk memburukkan BN apabila ia kebetulan diadakan pada musim kempen PRK Sungai Limau.

"Jualan murah ini ada di mana-mana, pasar raya selalu buat jualan murah jadi apa yang dihairankan. Kebetulan ia diadakan semasa PRK namun hakikatnya ia bukan kerana PRK," katanya kepada media selepas merasmikan Konvesyen Pendakwah Negara 2013 di Kuala Lumpur.

Katanya, keadaannya sama seperti situasi pembangunan dan kempen jualan murah yang dilaksanakan kerajaan.

“Ia seperti pembangunan yang dilakukan secara berterusan tidak kira sebelum atau selepas musim pilihan raya, begitu juga jualan murah.

"Bajet dibuat sepanjang tahun dan kita tidak boleh melepasi apa yang diperuntukkan. Contohnya seperti pemberian dana sekolah atau jalan raya, ia bukan hanya kerana untuk meraih undi, tetapi ia sememangnya ada bajet, " katanya ~ The Malaysian Insider


..... Siapalah yang Jamil Khir cuba nak perbodohkan ni.. jika ianya satu kebetulan, kenapa hanya diadakan di SUngai Limau tidak dilain-lain tempat?
Previous Post Next Post