Oooo.. Patutlah depa berebut nak jadi Ketua Bahagian...


Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya selama ini kita melihat dalam pemilihan untuk memilih Ketua-ketua UMNO Bahagian dinegeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat persaingannya sangat sengit?

Malah baru-baru ini dalam pemilihan di sebuah negeri diutara Semenanjung ini, beberapa sumber menyampaikan kepada aku ada pihak yang membayar untuk mendapatkan undi..

Buat macai-macai yang masih tak tahu kenapa ada pemimpin UMNO yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang boleh dianggap sebagai pelaburan untuk memperoleh undi.. bacalah kenyataan media ni betul-betul..

Semalam, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya berhubung dengan penyaluran peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen, telah menyatakan dengan yakin bahawa kerajaan persekutuan memang telah agihkan peruntukan sejumlah RM1 juta sejak 22 Mei 2013 bagi semua Ahli Parlimen, termasuklah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas PRU 13. 
Yang membawa banyak persoalan adalah, mengapa peruntukan sebanyak RM 1 juta terletak dibawah bidang kuasa State Development Officer (SDO) atau Pegawai Pembangunan Negeri bagi setiap negeri untuk kegunaan pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk kerja-kerja pembangunan bagi kebaikan masyarakat, sedangkan 3 negeri diurustadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat? 
Namun amat mendukacitakan apabila didapati, tiada mana-mana diantara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya mendapat kelulusan dari SDO dan lebih mengejutkan lagi, peruntukan tersebut disalurkan kepada Ketua Bahagian UMNO di kawasan dibawah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. 
Pendirian yang menjjijikkan ini sudah lama membarah dan hakikatnya, rakyat jelata, Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, terus dianiyai oleh rejim BN yang kalau tak merompak dari rakyat, tak sah ianya BN. 
Kami, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat juga berhak untuk mendapatkan peruntukan tersebut secara langsung tanpa melalui mana-mana parti politik BN. 
Suara rakyat, suara keramat dan pilihan rakyat wajib dihormati terutama sekali oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan BN. 
Hakikatnya, 51 peratus pengundi telah memilih Pakatan Rakyat dan 47 peratus telah memilih BN. 
51 peratus pembayar cukai yang mengundi Pakatan Rakyat berhak kepada peruntukan tersebut dan penyaluran wang rakyat kepada Ketua Bahagian UMNO adalah satu pengkhianatan kepada rakyat. 
Perdana Menteri menderhaka kepada 51peratus rakyat Malaysia yang telah mengundi untuk perubahan, rakyat yang menolak UMNO-BN dan suara rakyat yang telah mengundi Pakatan Rakyat, apabila menyalurkan peruntukan tersebut kepada Ketua Bahagian UMNO di kawasan Parlimen Pakatan Rakyat. 
Amat menjengkelkan apabila, walaupun 51 peratus rakyat sudah terang-terang menolak UMNO-BN, wang rakyat diserahkan kembali kepada pihak UMNO yang mempunyai “track record” 56 tahun pecah amanah rakyat, “harapkan pagar, pagar makan padi”. 
Beranikah Perdana Menteri menyerahkan kesemua wangnya kepada seorang perompak atau pencuri atau yang mengamalkan budaya rasuah dan korupsi. 
Dimanakah transformasi Perdana Menteri dan kerajaannya kalau ideologi politik kalut masih dipegang sebagai “life line” BN terutama sekali oleh UMNO Baru yang masih mengamalkan politik lama. 
Impian dan harapan rakyat terus dicabuli oleh satu rejim yang terus merompak dan menyapu hasil pembayar cukai kedalam kantung mereka sendiri. 
Pendirian Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah peruntukan pembangunan mesti disalurkan kepada rakyat dan bukannya mana-mana parti politik BN dan terletak dibawah budi bicara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk digunakan bagi tujuan pembangunan diatas keperluan dan keutamaan masyarakat di kawasan tersebut. 
Berapa lama lagi Najib dan konco-konconya akan terus menyeleweng dan memboroskan wang titik peluh rakyat marhaen?

Kasthuri Patto

Ahli Parlimen Batu Kawan
*Kenyataan Media Kasthuri Patto Ahli Parlimen Batu Kawan pada 12 November 2013 di Parlimen*

Pelaburan hanya dibuat sekali dalam masa empat atau lima tahun tapi pulangannya RM1Juta setiap tahun..

Dari RM1Juta tu.. berapa peratus agaknya yang digunakan untuk pembangunan dalam kawasan Parlimen itu?

Rasanya adalah seciput kot... yang lain?.. faham-fahamlah sendiri...


... Berita ini sdg disebar meluas dikaca TV..rokok tak sah adalah sbhg drp sindiket jenayah terancang! lihat disini.. http://my.sharings.cc/p/5jdxH
Previous Post Next Post