PAS Menang di Sungai Limau.. majoriti 1,084


Mula-mula korang tengok kerusi untuk pemimpin-pemimpin BN di atas.. diaorang dah tahu apa keputusannya agaknya.. jadi tak ada siapapun nak tunggu..

BERNAMA Radio24 melaporkan keputusan Tidak Rasmi PRK DUN Sg Limau pada jam 7.30 malam: PAS 12,069 undi, BN 10,985, majoriti 1,084.

Manakala Utusan melaporkan... Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman - UTUSAN ONLINE 

Jangan seronok sangat ada lebih kurang dua jam lagi untuk diumumkan keputusan rasmi, kalau 'Blackout' nanti tak tahulah pulak keputusannya jadi macam mana pulak...

Mana pi habis pemimpin BN?

Sementara itu Ketua Wanita UMNO dilaporkan berkata "Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya..

"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Saya nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang lalu.

"Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu.

Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya lapor Malaysiakini

Alaaaa... dah kalah tu kalahlah!!

Fakta yang perlu kita tahu..

- Seramai 23,249 orang atau 85.5 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup pkl 5 petang.

- Pengundi Cina yang keluar mengundi pada PRK DUN Sg Limau seramai 1,065 orang (51.05 peratus)

- Pengundi luar yang keluar mengundi pada PRK DUN Sg Limau seramai 1,773 daripada 3,350 orang (52.93 peratus)
Previous Post Next Post