Jeff Ooi akhirnya akui kesalahan dan minta maaf..


Inilah bezanya pemimpin yang ada dalam Pakatan Rakyat dan pemimpin yang ada dalam Barisan Nasional, walaupun dianggap biadap namun setelah berulang kali didesak memohon maaf akhirnya beliau akur juga.

Tidak seperti yang ada dalam Barisan Nasional, melabelkan rakyat sebagai haram jadah dan juga pengkhianat namun walaupun beribu kali didesak langsung tak diendahkannya...

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi membuat kejutan naik ke pentas utama tanpa dijemput dan mengemukakan permohonan maaf kepada kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap.
Pada mulanya beliau dilihat mendiamkan diri ketika ucapan Karpal yang menegurnya berhubung isu itu.
Jeff Ooi kemudiannya mengumumkan beliau memohon maaf kepada semua kakitangan MPPP setelah diminta Karpal ketika Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.
Menurutnya, beliau hanya mengikut nasihat Pengerusi DAP Kebangsaan dan bukan orang lain ~ Sinar Harian

Sebelum itu Pengerusi DAP dilaporkan telah berkata semua kakitangan dan pegawai MPPP sama ada berpangkat rendah atau tinggi perlu dihormati.

Menurutnya, tindakan Jeff Ooi itu keterlaluan dan menghina penjawat awam.

Beliau meminta Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi supaya meminta maaf kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan ketelanjurannya menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu kucing kurap.
Previous Post Next Post