Gara-gara sibuk nak bodek Anwar, Shamsul Iskandar kena sound dengan Azmin..

Semalam Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang baru-baru ini yang telah mengepalai sekumpulan penyokongnya membantah tindakan Kerajaan Jepun menghalang kemasukkan Anwar kenegara tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan media.

Dalam kenyataan media yang dianggap oleh banyak pihak terutamanya dikalangan AMK sendiri sebagai usaha membodek Anwar Ibrahim sempena pemilihan PKR dalam masa terdekat ini, beliau menyokong Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor.

Kenyataan media tersebut telah disiarkan oleh The Malaysian Insider semalam dan disiarkan oleh Malaysiakini hari ini.

Katanya “Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN dan seterusnya diangkat sebagai menteri besar,”

"AMK percaya kepimpinan Anwar dapat menggerakkan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan agenda konsensus nasional."

"Mereka menghormati keputusan Bendahari AMK Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan. Menurut Shamsul, ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. 

“Ini membuka ruang untuk PKR dan Pakatan menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin negeri Selangor sebagai menteri besar,” katanya yang juga anggota Parlimen Bukit Katil.

Kenyataan media beliau telah dikeluarkan sebelum nama Anwar Ibrahim dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor..

Ini kenyataan media Ketua AMK itu..

KENYATAAN MEDIA
27hb Januari 2014  
AMK HANYA SETUJU ANWAR IBRAHIM MENJADI CALON  
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang.

Tentunya tindakan ini diambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.  
Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Pembangkang menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.  
Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar.  
AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.  
Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.  
Jentera pilihan raya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihan raya kecil ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin 
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia 

Malangnya.. tindakan tergesa-gesa untuk menunjukkan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dan dalam masa yang sama membodek Anwar telah dibidas oleh Azmin Ali.

Melalui kenyataan medianya Mohamed Azmin bin Haji Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor telah memaklumkan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar dalam masa terdekat untuk mencadangkan nama a calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.

Sehubungan dengan itu, pihak MPN mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor...

Dalam bahasa mudahnya Shamsul Iskandar jangan dok menyibuk hal Selangor..

Ni Kenyataan medianya..

KENYATAAN MEDIA  
PKR SELANGOR BELUM PUTUSKAN CALON DUN N.25 KAJANG  
Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.  
Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil N25 DUN Kajang. 
Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor. 
Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor. 
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama a calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.
Mohamed Azmin bin Haji Ali 
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat

 Tapi... kenyataan media Azmin ini dah bercanggah dengan apa yang dah berlaku hari ini.. sila lihat di SINI
Previous Post Next Post