Abu Backer tarik diri dan dedahkan Konspirasi Najib menangkan DAP di Bukit Gelugor


Hari tu dia menangis-nangis dan merajuk serta hampir tarik diri bila dirinya kurang mendapat liputan media..

Bagaimanapun setelah mendapat liputan besar-besaran dari berbagai media setelah melakukan aksi stunt keatas kereta Guan Eng, dia nak tarik diri juga..

Alasannya ialah dia dah kecewa dengan sistem Pilihanraya negara ini dan paling menarik dia buat pendedahan kononnya Najib mahu DAP menang..

Menurutnya sumber 'tertinggi' (tinggi mana entahlah samada setinggi Komtar atau KLCC hanya dia yang tahu) memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976.

Kah..kah..kah... pandai dia ni cari populariti nak fitnah Guan Eng kononnya kereta Guan Eng langgar dia tak boleh pasal ada rakaman video.. dia cari pasal dengan Najib pulak...

Najib dan BN nak bagi laluan kepada DAP?.. kirim salam la.. Kalau Najib nak bagi laluan kepada DAP, Dyana Sofya tak terima serangan bertali arus la...

Laporan berkaitan...

Kurang 24 sebelum pengundian pagi esok, calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah 'menang'.

Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.

Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN.

"Aku tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan raya negara ini," katanya di hadapan seorang lagi calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar di padang kampung Melayu Air Itam sebentar tadi.

Menurut Backer, sumber 'tertinggi' memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976.

Beliau turut mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya menghantar nama ejen pengundian dan pengiraan hari ini.

"Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya, semua parti bagi 'walkover' sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga pemimpin besar," kata beliau.

"Sebab BN tak bertanding mereka (SPR) tak peduli," kata beliau.

Bagaimanapun Backer tetap ceria dan membuat majlis makan malam dan solat maghrib untuk penyokong dan pengunjungnya.

"Saya tak ada esok. Semua penyokong saya akan ikut saya ke Langkawi," kata beliau lapor Malaysiakini
Previous Post Next Post