Mula-mula korang baca dulu apa yang dilaporkan oleh portal yang dikatakan dibangunkan oleh UMNO sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang..
Laporannya adalah mengenai Pemilihan PKR Permatang Pauh yang telah berlangsung di Yayasan Aman, Penanti pada 4 Mei lalu..
Jika Zulkifli Nordin menjadikan Anwar Ibrahim sebagai sasaran untuk menumpang populariti.. Kak Min ni pulak menjadikan Wan Azizah sebagai sasaran utamanya..
PULAU PINANG 6 Mei - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti itu kali ini menunjukkan beliau seolah-olah cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.
Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, Wan Azizah yang juga isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan jawatan itu kerana mempunyai banyak 'hutang yang belum dilunaskan terhadap penduduk kawasan tersebut.
Beliau mendakwa, banyak masalah rakyat yang masih berbangkit di kawasan Permatang Pauh yang belum diselesaikan biarpun Wan Azizah mengetuai PKR dan pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan terbabit.
"Suatu ketika dahulu, Wan Azizah mengkhianati pengundi Permatang Pauh apabila dengan mudah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kini sekali lagi orang Permatang Pauh seolah-olah dipermain-mainkan apabila Wan Azizah tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang setelah berjaya menawan Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pemilihan Ahad lalu, jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Norlela Ariffin dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Amir Md. Ghazali.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Norlela tewas selepas hanya mendapat 70 undi berbanding Amir yang memperoleh 171 undi.
Pemilihan Cabang PKR Permatang Pauh juga seolah-olah diboikot ahli-ahlinya sendiri selepas hanya 275 ahli keluar mengundi berbanding kira-kira 6,000 ahli berdaftar yang layak berbuat demikian.
Aminah menambah, tindakan Wan Azizah juga menunjukkan beliau bimbang berlaku penolakan terhadapnya dalam kalangan ahli PKR Permatang Pauh.
"PKR ini hanya gah disebabkan Anwar sahaja dan pemimpin lain termasuk Wan Azizah sendiri tidak ada tempat dalam parti termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri," katanya.
Mengenai insiden kekecohan memalukan yang berlaku dalam pemilihan PKR kali ini, Aminah berkata, perkara itu bukan menghairankan kerana pemilihan tersebut berlangsung dalam keadaan parti tiada hala tuju.
"Sepatutnya pada tahap ini PKR sudah matang mampu mengadakan pemilihan dengan sempurna dan lancar tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan parti ini lemah.
"Kalau pemilihan parti pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bagaimana untuk mentadbir negara?" katanya lapor RakyatNews
Yang menghairankan aku ialah kenapa beliau mengatakan pengundi Permatang Pauh dikhianati sedangkan kami di Permatang Pauh langsung tidak merasakan dikhianati.
Sebelum pemilihan baru-baru ini Wan Azizah telah menjelaskan sebab-sebab beliau tidak mampu lagi untuk mempertahankan jawatan Ketua Cabang meskipun memorandum dari AJK-AJK Cabang memintanya kekal di jawatan tersebut telah dihantar kepadanya.
Antara sebabnya ialah kekangan waktu menghalang beliau dari kekal memegang jawatan Ketua Cabang itu, ini disebabkan beliau perlu menghabiskan banyak masanya di DUN Kajang.
Faktor usia juga antara penyebabnya, selain itu beliau mahu memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin muda di Permatang Pauh untuk menerajui PKR Cabang Permatang Pauh.
Kami AJK Cabang (kami sebab masa tu aku AJK Cabang) boleh menerimanya walaupun dengan hati yang berat kerana faham masaalahnya..
Sebelum Pemilihan 2014, Wan Azizah menjadi Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Ahli Parlimen di Permatang Pauh ialah Anwar Ibrahim.
Dan ADUN bagi ketiga-tiga DUN yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh ialah YB Dr. Afiff Bahardin bagi Seberang Jaya, YB Dr. Norlela Ariffin bagi DUN Penanti dan YB Ustaz Salleh Man bagi DUN Permatang Pasir.
Setelah Pemilihan 2014, Amir Hj Ghazali menjadi Ketua Cabang, Ahli Parlimen Permatang Pauh masih kekal disandang oleh Anwar Ibrahim.
Begitu juga dengan ketiga-tiga DUN yang ada, ianya masih kekal sepertimana sebelum berlakunya Pemilihan meskipun Ketua Cabang telah bertukar.
Yang bertanggungjawab terhadap pengundi dan warga di Parlimen Permatang Pauh ialah Ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN yang ada bukannya Ketua Cabang.
Jadi persoalannya bagaimana dikatakan Wan Azizah melarikan diri dari tanggungjawab dari penduduk setempat sedangkan yang bertanggungjawab ialah Ahli Parlimen dan ADUN yang ada?
Jika dikatakan Pemilihan Cabang PKR Permatang Pauh juga seolah-olah diboikot ahli selepas hanya 275 ahli keluar mengundi berbanding kira-kira 6,000 ahli berdaftar yang layak berbuat demikian..
Ini adalah satu tuduhan membabi buta kerana pada Pemilihan PKR 2010 jumlah ahli yang keluar juga adalah rendah dimana hanya 282 Ahli yang keluar untuk memilih.
Manakala jumlah ahli yang keluar pada Pemilihan 2014 pula ialah 291 yang keluar bukannya 275, meskipun peningkatannya adalah kecil ianya membuktikan tiada faktor boikot dalam hal ini.
Manakala jika dikatakan insiden kekecohan yang tercetus dalam Pemilihan PKR adalah bukti PKR parti yang lemah maka UMNO pula adalah sebuah parti yang lebih lemah lagi.
Kerana PKR baru mencecah 15 tahun sedangkan UMNO pula telah berusia lebih dari 50 tahun.. sebabnya dalam Pemilihan UMNO sendiri masih lagi ada pergaduhan, antaranya insiden baling mikrofon sila baca di ( SINI ) dan juga di ( SINI )
Lagipun bagi kami di Permatang Pauh ini... pemimpin datang, pemimpin pergi namum kami tetap disini...