Hah!! Depa demo depan HQ dah!! (Video Inside)


Walaupun tindakan mereka ini sedikit-sebanyak akan mencalarkan imej PKR adalah tidak patut mereka-mereka yang mengadakan demo di hadapan Ibu Pejabat PKR dipersalahkan sepenuhnya..

Ada yang mengatakan perbuatan ini umpama memberikan peluru kepada UMNO/BN, tetapi jika suara ahli -ahli ini didengar, dipanggil untuk berbincang secara aman, adakah akan ada demo ini?

Mereka inilah yang perlu PKR hargai bukannya pemimpin-pemimpin yang dah jadi YB dan ramai dah mula tak sedar diri dan merasakan diri mereka hebat..

Hakikatnya mereka berada di atas bukannya kerana kehebatan mereka tetapi kekuatan dan kehebatan ahli-ahli biasa yang bekerja untuk menaikkan mereka..

Walaupun jumlah mereka kelihatan kecil.. namun percayalah seorang ahli jauh lebih bernilai dari seorang YB..

Mereka hadir setelah kebanyakkan laporan mereka tentang salahlaku semasa Pemilihan PKR2014 disapu ke bawah karpet..

Malah kalau hendak dibukukan boleh dibuat novel rasanya, videonya pula boleh dijadikan sinetron bersiri - siri.. sekurang-kurangnya 20 episod.

Jadi inilah jalan terakhir buat mereka bagi meluahkan rasa tidak puas hati itu.. mengadakan demonstrasi aman di hadapan Ibu Pejabat PRK malam semalam.


Malaysiakini melaporkan.. Sekumpulan anggota PKR yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan parti itu mengadakan bantahan di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi, dengan mencemuh pemimpin parti yang sedang mengadakan mesyuarat biro politik.

Mereka menjadikan penyandang kerusi Timbalan Presiden Azmin Ali dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin sebagai sasaran masing-masing.


“Panggil dia (Azmin Ali) turun! Semua orang nak dengar (penjelasannya)!” jerit seorang lelaki.

"Kita lawan tetap lawan, dia (Zuraida) tak lawan. Lawan nak menang kedudukan saja buat apa?” kata seorang lagi wanita.

Kemudian seorang lelaki tampil tidak puas hati dengan gelaran negatif diberikan kepada mereka.

“Hari ini saya sedar saya seorang pengkhianat, dan saya percaya semua yang bersama saya adalah pengkhianat.

“Ini semua pengkhianat daripada (zaman reformasi) 1998, yang disingkirkan sebagai pengkhianat,” katanya.

Bantahan itu bermula sekitar jam 8 malam apabila anggota parti daripada beberapa negeri berhimpun dan menghantar memorandum untuk sebuah pilihan raya baru...

Mereka juga menuntut beberapa pemimpin kanan, termasuk Azmin dan Saifuddin Nasutin yang mencabarnya dipecat.


Turut menjadi sasaran kemarahan Zuraida dan kesemua anggota jawatankuasa pemilihan parti yang diketuai oleh Datuk Johari Abdul.

... Bagaimanapun Ketua Umum PKR yang berada di Ibu Pejabat pada masa kejadian telah turun untuk menenangkan keadaan..


Dan merayu agar mereka pulang kerumah masing-masing...

   

Dimana KEADILAN??
Previous Post Next Post