MB Terengganu akan ditukar 15 Mei ini...


Patutlah tiba-tiba sahaja tak ada hujan tak ada ribut, kain rentang menyatakan sokongan penuh terhadap Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu digantung di Kemaman.

Rupa-rupanya Menteri Besar yang ada tu akan ditamatkan perkhidmatannya dan berundur pada 15 atau 18 Mei ini..

Sokongan dari Pemuda UMNO Kemaman tu kononnya sebagai protes tindakan Najib yang nak gantikan Ahmad Said dengan orang baru rupanya..

Terpaksa proteslah sebab kalau tak protes putuslah kabel..

Ini laporannya...

PETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua ADUN Terengganu bersiap-sedia untuk menggantikan Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi. 
Menurut akhbar The Star hari ini, Datuk Seri Ahmad Said dijangka berundur antara 15 hingga 18 Mei ini. 
Dua nama yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri besar yang baru ialah ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar. 
Abdul Razif ialah Exco Kerajaaan Negeri Terengganu manakala Wan Hakim ialah Pengerusi Backbencher Terengganu. 
Ahmad Said dikatakan telah menandatangani surat perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pilihanraya umum tahun lepas bahawa beliau akan jadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja. 
Najib dikatakan kecewa dengan prestasi Ahmad Said pada PRU tahun lepas di mana BN menang 17 kerusi manakala PAS menang 15 kerusi. 
Istana Terengganu dikatakan sudah menerima dua nama itu dan Putrajaya sedang menunggu perkenan Sultan Terengganu. 
Ahmad Razif, 49, adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus manakala Wan Hakim,45, kalah dalam pertandingan Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman tahun lepas adalah anak bekas Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad. 
Sementara itu kain pemidang menyokong kepimpinan Ahmad Said telah dipasang di seluruh negeri. Dua minggu lepas dalam TV3, Ahmad Said berkata beliau terima watikah sebagai menteri besar sehingga 2018. 
“Kenapa perlu tukar menteri besar sedangkan BN ada 17 kerusi sahaja,” kata beliau menjawab soalan pemberita. 
Rakyat Terengganu dikatakan sedia menerima Ahmad Razif atau Wan Hakim sebagai Menteri Besar yang baru. 
Cuma mereka harapkan biarlah istana memilih Ahmad Razif dari Kuala Nerus kerana jika Wan Hakim dipilih, ini bermakna selepas Ahmad Said dari Kemaman, jawatan menteri besar tetap milik orang Kemaman. 
Jika Wan Hakim jadi pilihan istana, ia meneruskan tradisi Umno bahawa tidak semestinya ketua bahagian yang menjadi menteri besar.

Datuk Seri Dr Khir Toyo ketika dilantik menjadi Menteri Besar Selangor bukan ketua bahagian begitu juga apabila Menteri Besar Perlis,Azlan Man dilantik beliau bukan ketua bahagian. 
Isu pertukaran menteri besar heboh tiga minggu lepas apabila Awang Selamat kolumnis Mingguan Malaysia menyebut Najib dikatakan akan menukar dua orang menteri besar dalam masa yang terdekat lapor Free Malaysia Today

Baguslah tu... tapi kalau alasannya ialah prestasinya kurang memuaskan pada PRU13 lalu.. macai-macai sepatutnya menukar Najib juga sebabnya prestasi Najib juga teruk masa PRU13 lalu..

Tapi mungkin bukan sebab prestasi kot?.. nampak macam lebih banyak buat kerja bodo dan membazir saja.. contohnya lawatan ke Antartika dan beli bas Amfibia yang lebih mahal dari harga pasaran..

Kesian kat mung Mat Said.. masuk PAS sajalah.. tentu PAS Terengganu suka, sebab jika Mat Said masuk PAS jumlah kerusi  dah jadi 16-16..

Bolehlah ditubuhkan Kerajaan UG...
Previous Post Next Post