Penyokong UMNO ceroboh DUN Pulau Pinang buru ADUN yang kata 'UMNO Celaka'..


Semalam kecoh di hadapan pintu pagar DUN Pulau Pinang bilamana seorang Calon Bebas telah bertindak merempuh kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang..

Hari ini pula lebih kecoh lagi bilamana sekumpulan penyokong-penyokong UMNO yang memburu ADUN Seri Delima RSN Rayer yang menggelarkan “Umno celaka” hingga ke dalam Dewan.

Ni yang aku dapat semalam...

Assalamualaikum & Salam Perjuangan 
20 Mei 2014 YB Seri Delima, RAYER A/L PARIASAMY dgn sanggat bongkak dan biadap telah mengeluarkan kenyataan secara berulang kali, bertubi2 dgn penuh perasaan kebencian terhadap orang Melayu & Islam di dlm sidang DUN berbunyi: 
"UMNO Celaka! Reezal Merican celaka! Melayu2 yg sertai himpunan Mendaulatkan Islam & Mempertahankan Melayu di Bandar Sunway Celaka!" 
Bila disebut UMNO celaka bermakna ORANG2 MELAYU & BANGSA MELAYU ADALAH CELAKA... ORANG2 ISLAM ADALAH CELAKA... 
Ayuh kita bangkit dan kita ajar Rayer Paria ini cukup2... 
Atas nama kita saudara seIslam & ummat Melayu, ayuh kita turun dan berkumpul beramai2 di Depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang esok Rabu (21/5/2014) pada jam 2:00petang.

Sila bawa bersama 2 biji telur ayam setiap orang atau lebih. 
1MELAYU DAULAT ISLAM!!! 
Mohon disebarkan.

Antara terlibat dalam perhimpunan itu, ketua wira PERKASA negeri Rizuad Azuddin.

Ada daripada kalangan mereka yang berjaya memasuki dewan tempat persidangan berlangsung sementara yang lain cuma menggelar Rayer sebagai “rasis”.


Walaupun aku tak setuju dengan cara mereka menyerbu dengan menganggap seolah-olah negeri ini milik mereka dan mereka boleh lakukan apa saja yang mereka suka..

Lagipun tujuan mereka hanylah mahu mendesak ADUN Seri Delima, RSN Rayer itu memohon maaf sebab gelar pemimpin UMNO celak..jadi tak payahlah rempuh sampai lingkup pintu pagar tu..

Tapi aku juga tak setuju dengan kata-kata yang telah dikeluarkan oleh RSN Rayer itu... bagi aku bahasa kesat sebegitu sesuai dipakai ditepi-tepi jalan, bukannya dalam Dewan...

Gambar-gambar di atas datangnya dari Khairul Nadzmi .. kat bawah ni laporan dari Blogger pembela Guan Eng @ Faqar mengatakan...

DUN P.Pinang diceroboh, buru Rayer 
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Sekumpulan Melayu mesra Umno bertindak agresif menyerbu bilik persidangan DUN Pulau Pinang, sebelum sesi petang mesyuarat dimulakan tadi. 
Jurucakap kumpulan pendesak Melayu yang mahu dikenali sebagai "Abang Yasmin" menuntut R.S.N. Rayer tampil bersemuka selepas ADUN Seri Delima itu didakwa menyebut "celaka Melayu" di DUN, semalam. 
Selepas mengadakan sidang media di sini, mereka bersurai atas syor beberapa anggota polis yang muncul kemudian.

Dulu.. orang tua-tua kata.. "Kerana pulut, santan binasa... kerana mulut, badan binasa... sekarang pulak dah jadi "Kerana mulut, pagar binasa...
Previous Post Next Post