Yang mana satu pendirian UMNO ni?.. Emaknya diberikan surat tunjuk sebab kerana menyokong Dyana sebagai calon DAP di Teluk Intan baru-baru ini, tetapi Dyana pula dipelawa menyertai UMNO..
Tengku Adnan yang bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini berkata, dalam surat itu, beliau juga berkata pihaknya menyedari calon (yang bertanding menentang BN) adalah anak perempuannya, tetapi parti mempunyai disiplin.
Setiausaha Agung UMNO itu telah menulis surat tunjuk sebab kepada Yammy meminta penjelasan mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berkaitan tindakannya dalam PRK Teluk Intan.
Yammy, yang merupakan ahli veteran UMNO, mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawabnya.
Selepas itu, kata Tengkuk Adnan, sama ada Yammy menjawabnya atau tidak, perkara itu akan dibawa kepada pihak pengurusan Umno sebelum ia dikemukakan kepada Majlis Tertinggi UMNO.
Bagaimanapun belum sempat Yammy menjawab, Pemuda UMNO pula mempelawa Dyana untuk menyertai UMNO..
IPOH - Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.
Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.
"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.
"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.
Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.
"Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina.
Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.
"Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN," katanya lapor Sinar Harian
Apa pendirian UMNO nih?
Ahli sendiri nak dipecat kerana menyokong calon lawan.. tapi calon lawan itu pula yang menentang mereka dipelawa menyertai mereka..
Mungkin ada udang disebalik batu kot??.. Maklumlah Dyana tu ahli DAP jadi mana mungkin pemimpin-pemimpin UMNO berani nak rapat.. (pemimpin bukannya macai..)
Kalau Dyana tu sertai UMNO senanglah sikit nak ayat...
Kalaulah ditakdirkan Dyana sertai UMNO apa agaknya macai yang ada diluar sana yang masa PRK hari tu kutuk dia bagai nak rak nak kata?