Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei lalu disebabkan amaran yang diberikan kepada kumpulan kongsi gelap untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, disebabkan amaran yang dikeluarkannya ketika kempen PRK itu, kumpulan kongsi gelap tidak berani campur tangan dalam proses pilihan raya di kerusi Parlimen tersebut.
"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.
"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.
"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.
Ahli Parlimen Bagan Datok itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlaku campur tangan kongsi gelap dalam pilihan raya sebelum ini.
"Mungkin itu yang dilakukan selama ini. Bukti, saya tahu ada yang beroperasi di Teluk Intan, Ipoh, Pulau Pinang," katanya, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS.
PRK Teluk Intan menyaksikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen itu menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud lapor The Malaysian Insider
Oooo... patutlah BN menang...
Cuma yang pelik sikit dalam hal ini ialah Zahid Hamidi mengaku dia kenal dan tahu ada kegiatan Kongsi Gelap tapi kena tak ditangkap mereka-mereka itu?
Adakah Kongsi Gelap telah dibenarkan penubuhannya dinegara ini atau kata-kata Zahid itu hanyalah 'Tin Kosong' sebagaimana beliau mendakwa akan mendedahkan dalang insiden Lahad Datu dan juga bukti-bukti gred A yang mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah?
Lama dah rasanya... atau aku yang terlepas pandang pendedahan Zahid mengenai dalang Lahad Datu dan Syiah itu?