Menurut ADUN yang kata 'UMNO Celaka' dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini, pagi tadi isterinya telah menemui satu kepala lembu yang masih berdarah di hadapan rumahnya di alan Tingkat Tembaga, Island Park.
Ianya ditemui ketika isterinya itu hendak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah pada kira-kira jam 7 pagi.
Selepas diberitahu isterinya mengenai perkara itu, Ryer berkata beliau turun ke bawah dan ternampak kepala lembu itu di pintu pagar depan rumahnya.
"Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan mengapa. Kita tidak mahu membuat spekulasi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Bagi aku.. kalau marah kat Rayer tu, nak hina bagaimana sekalipun hina dan kutuklah dia sebab sebagai Wakil Rakyat di perlu ada kebolehan 'Tahan Maki'.
Tapi tak patutlah jika kemarahan kepada Rayer itu disusuli dengan tindakan menghina agama dia.. kita pun tak mahu orang lain menghina agama kita..
Malangnya ada juga Menteri yang mempamirkan kebodohan dan sikap tidak rasionalnya dalam hal ini..
Kenyataannya seolah-olah menggambarkan beliau menyokong tindakan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Rayer itu...
Kejadian yang menimpa Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer pagi ini adalah akibat dari "mulut celupar" beliau, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, hari ini.
Zahid mengulas penemuan kepala lembu yang masih berdarah dan tanpa kulit di depan pintu pagar rumah Rayer pagi ini. Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai isu itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang membuat siasatan ke atas kes itu. "Kami sedang siasat," katanya tanpa mengulas panjang.
Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.
"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulit," kata Adun dua penggal itu .
Bagaimanapun, Rayer enggan mengaitkan kejadian tersebut dengan kenyataannya di DUN Pulau Pinang bulan lalu.
"Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu... tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu.
"Saya akan membuat laporan polis sekejap lagi dan biarkan mereka menyiasatnya," kata Rayer, yang merupakan seorang peguam.
Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu. Rayer dan keluarganya adalah penganut Hindu lapor The Malaysian Insider
Malang buat negara yang punya rakyat berbilang bangsa ini punya pemimpin yang begini..