Melayu kini tersepit dengan projek Mega di Johor..


Seorang ahli komuniti perniagaan menyifatkan Johor kini terlalu banyak isu terutama masalah penduduk Melayu, kekangan tanah dan ketidaktentuan dasar.

Katanya, keadaan itu seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan negeri yang semakin galak dengan pelaburan projek mega, sedangkan penduduk Melayu di tengah-tengah bandar raya itu semakin tersepit.

"Tetapi apakah rancangan yang akan dilaksanakan...tidak ada langsung.

"Menteri Besar sibuk dengan projek mega di sana, sini sedangkan banyak orang Melayu yang hidup miskin," katanya.

Beliau bimbang tindak-tanduk kerajaan negeri Johor itu kelak menjerut kedudukan sendiri dan memberi banyak kelebihan kepada parti DAP untuk memenangi hati rakyat.

Sambil memberi contoh, ahli perniagaan itu berkata, projek Forest City yang mengancam kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijuarai oleh DAP, bukan UMNO.

Sedangkan, PTP dimiliki oleh syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Mokhtar Albukhary, bukan syarikat Cina pun.

Sebab itu, katanya, ada pihak yang melihat kemenangan DAP di Johor yang dianggap kubu kuat UMNO memberi `rahmat' kepada rakyat di negeri itu yang kini dibelenggu dengan pelbagai isu hasil polisi-polisi tidak mesra oleh kerajaan negeri.

Setidak-tidaknya, kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang itu dapat mendedahkan amalan-amalan dan polisi pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Suara UMNO pula, katanya, kini semakin lenyap meskipun beberapa dasar-dasar kerajaan negeri itu tidak seiring dengan harapan rakyat.

Ahli perniagaan yang pernah berurus niaga dengan Kerajaan Pulau Pinang berkata, jika dibandingkan dengan Johor, lebih mudah berurusan dengan Lim Guan Eng lapor MalaysiaGazette
Previous Post Next Post