
Berikutan bocornya maklumat perbincangan yang sulit dan rahsia serta racist dalam kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki cuba untuk menyalahkan pihak lain pula..
Kononnya menurut Zuhdi maklumat perbincangan yang dibocorkan itu sebenarnya merupakan responnya kepada permintaan ahli kumpulan supaya mengemukakan “analisis senario” terhadap cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan parti itu keluar PR.
"Usul PAS keluar dari PR itu disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan WhatsApp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar.
"Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor.
"Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini," katanya lapor The Malaysian Insider
Nampak????... memang ada sekumpulan pemimpin PAS yang ada niat dan cita-cita untuk bersama dengan UMNO..
Tidakkah ini umpama menikam seorang sahabat dari belakang??
Apa kata sahabat-sahabat yang ditikamnya?
Berikut adalah kenyataan media dari Rafizi Ramli bagi pihak PKR.. ada antara kenyataannya ini yang seumpama mengharapkan babi boleh terbang..
Kenyataan Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Adalah Bersifat Perkauman & Mengkhianati PR
Saya sedih dan kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang AJK PAS Pusat dan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki yang telah bocor kepada umum.
Selepas komunikasi whatsapp dia itu bocor kepada umum, dia sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan.
Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi whatsapp tidak boleh dinafikan lagi:
1. Dia mempertimbangkan untuk PAS keluar Pakatan Rakyat dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang ADUN KEADILAN melompat bersama-sama PAS keluar Pakatan Rakyat untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
2. Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk menekan bukan Melayu. Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya. Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil JAIS terhadap penganut agama lain setakat ini.
3. Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk mengubah persempadanan pilihanraya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu.
Ini satu pengkhianatan besar kepada perjuangan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih yang dibawa oleh rakyat, BERSIH, Pakatan Rakyat dan PAS selama ini.
Jelas bahawa pandangan, cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain – seperti berikut:
1. Bercanggah dengan ketetapan muktamar yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno walaupun ada pimpinan PAS yang membawa senario itu
2. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menjunjung keadilan untuk semua kaum dan menolak perkauman sempit
3. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menggariskan langkah-langkah dasar memberi keadilan kepada semua dan membawa reformasi pilihanraya yang bersih
4. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Manifesto Rakyat Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang memberi gambaran jelas komitmen kepada keadilan untuk semua dan pilihanraya yang bersih dan adil
5. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani piagam bersama BERSIH2.0 yang memperjuangkan pilihanraya adil yang bersih Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi.
Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian, saya memohon supaya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara ini seperti berikut:
1. Apakah tindakan disiplin ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?
2. Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?
Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.
Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin).
Kenyataan perkauman songsang yang dibawa oleh pimpinan PAS seperti Dr Zuhdi telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa PAS sendiri.
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Yang mana satu umpama mengharapkan 'Babi boleh terbang?'.. Desakan untuk ambil tindakan itulah.. Yusni Mat Piah khianat di Sungai Acheh masa PRU13 hari tu pun tak ada sebarang tindakan.. inikan pula kenyataan Zuhdi ni..
Manakala berikut pula adalah kenyataan media dari Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook....
DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.
DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” yang berbunyi;
“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.
Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini”
Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.
“Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS di Selangor adalah di bawah payung Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat
Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai “think tank” kepada PAS boleh “mengimaginasi” untuk “menjentik DAP, gereja dan non Muslim” apabila ada pandangan yang berbeza. Kemana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan “PAS for ALL”?
Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh “mengimaginasi” seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?
Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi
DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambill tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.
-LOKE SIEW FOOK-
Masih ada cita-cita untuk bersama UMNO rupanya mereka itu...