#MH17 : Putin telefon Najib setelah terima pesanan Rosmah?.. Biaq betoi..

Patutlah macai-macai tak kira tua atau muda sanggup mengenepikan dosa pahala semata-mata kerana nak cium tangan Rosmah ni.. hebat rupanya dia..

Bukan saja pemimpin-pemimpin yang ada dalam negara tunduk kepada dia malah pemimpin negara luar pun sama rupanya...

Lebih kurang pukul 9.00 malam tadi.. Rosmah dilaporkan telah menghantar pesanan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Najib berhubung tragedi MH17

Laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seseorang yang rapat dengan Putin .

Laporan itu menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu lapor Malaysiakini

Mungkin setelah Putin menerima pesanan dari Rosmah itu... lebih kurang jam 10.00 malam beliaupun menelefon Najib..

Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.

Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib.

Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula.

Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu lapor Bernama

Hebatnya Kak Mah ... pemimpin dunia pun tunduk kat dia...
Previous Post Next Post