Agaknya mana macai yang berlagak samseng hari itu nak letak muka?.. Nak jadi hero tapi tak diakui dan diterima oleh UMNO Kluang sendiri..
Malah tindakan macai yang bernama Mustaqim dan gerombolannya yang bertindak menghalau Ahli Parlimen Kluang dari bazar Ramadhan Kluang turut diselar oleh Ketua Pemuda UMNO Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Dalam kenyataannya Ketua Pemuda UMNO Kluang menegaskan "Bazar Ramadhan Kluang adalah di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Pergerakan Pemuda UMNO Kluang BUKAN urusetia dan TIDAK SAMA SEKALI terlibat dalam soal berkaitan pentadbiran mahupun aspek keselamatan BRK.
“Kami dengan tegas dan lantang, mahu memaklumkan bahawa segala tindakan atau perlakuan petugas Bazar Ramadan Kluang adalah tidak menggambarkan sama sekali akhlak Pergerakan Pemuka UMNO Kluang, sebaliknya ia adalah di atas kapasiti individu,”
Isnin lalu, sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari melawat bazar Ramadan di bandar tersebut.
Sila lihat video kejadian di SINI
Semalam Ketua Pemuda UMNO Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat menjemput Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong untuk sama-sama melawat bazar Ramadan di Bandar Kluang.
Dimana beliau mengagihkan bubur lambuk manakala Ahli Parlimen Kluang pula mengagihkan kurma kepada pengunjung Bazaar Ramadhan tersebut..
Foto mereka yang sama-sama di lokasi tersebut mengedar buah kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung tersebar di media sosial.
Inilah politik yang kita semua ingini.. aman dan harmoni serta menguntungkan rakyat..
Tapi masih ada lagi macai yang tak puas hati..