Ceh!! sungguh memalukan.. Sebuah negara yang kononnya lebih maju dan moden serta mengamalkan kebebasan media dilaporkan menyekat siaran dari saluran TV yang menyiarkan liputan tentang keganasan Zionist di Gaza..
Tak sangka pula sebuah negara yang majoriti penduduknya mengaku mereka lebih maju dari negara kita dan rakyatnya sering memandang rendah kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum ada pihak yang kurang cerdik.
Kononnya dengan menyekat siaran mengenai kekejaman Zionist di Gaza mereka berjaya menghalang rakyat mereka dari mendapat maklumat sebenar tentang kekejaman Zionist di Gaza itu..
Namun hakikatnya apa yang ditunjukkan oleh mereka kepada dunia ialah.. bukan semua manusia dinegara yang mengaku maju itu maju fikirannya.. ada juga yang mundur fikirannya..
Laporan dari Facebook Air Times ..
SINGAPURA - Sebelum ini, kita digemparkan dengan "kesedihan" kerajaan Singapura apabila Israel terkena serpihan bom Hamas.
Apabila warga Singapura beragama Islam bangkit mengecam pelakuan stesyen TV tempatan yang dikawal kerajaan, ditambah pula dengan kecaman rakyat dari negara jiran melalui media sosial, Singapura tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang kononnya mereka turut bersimpati dengan rakyat Palestin.
Walau bagaimana pun, apabila Malaysia bersungguh memaparkan berita kekejaman Zionis, saluran satelit negara itu bertindak menyekat siaran yang diterima (RTM 1) terutama ketika slot Berita Perdana.
Ini adalah "screen shoot" yang dikirimkan oleh warga Singapura yang marah dengan tindakan Kerajaan Singapura yang bertindak menyokong Rejim Zionis sehingga menolak kebenaran yang berlaku.
Terima kasih kepada yang sudi menghantar berita ini.