Hampir 50 peratus responden kasihan kepada Khalid dan keliru dengan tindakan PKR..


Kalau sebelum PRU13 yang lalu bentuk survey atau kaji selidik seperti ini dijadikan sebagai kayu ukur bagi menilai prestasi Pakatan Rakyat, ada baiknya ianya juga diguna selepas PRU13.. walaupun negatif..

Jangan pula hanya kerana ianya memberikan keputusan yang kurang enak didengar oleh pemimpin Pakatan Rakyat atau negati, maka kita melabelnya sebagai memihak kepada UMNO.

Dan hanya untuk memburukkan Pakatan Rakyat sahaja..

Hakikatnya apa yang perlu kita terima ialah kegagalan Pakatan Rakyat menyelesaikan krisis MB Selangor dengan segera telah menimbulkan rasa kurang senang dalam diri pengundi atas pagar.

Malah ada juga dikalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri telah meragui akan matlamat sebenar perjuangan Pakatan Rakyat dan mula memilih untuk berkecuali....

Serangan-serangan yang agak keterlaluan terhadap Tan Sri Khalid dalam beberapa siri penerangan mengenai isu ini di Selangor telah mengundang simpati terhadap beliau.

Apa yang jelas dalam siri-siri penerangan itu ialah bagaimana para pemimpin PKR berusaha untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap Khalid telah menjadi sebaliknya.

Mereka cuba menanam kebencian tetapi hasilnya mereka yang dibenci dan jumlah kehadiran setiap majlis penerangan semakin hari semakin berkurangan..

Baca laporan kajiselidik Politweet ini...

Hampir setengah atau 988 daripada 2,062 responden laman sosial Twitter Politweet.org tidak memberi sebarang pandangan terhadap krisis Menteri Besar Selangor dalam tinjauan yang dibuat bermula 9 sehingga 15 Ogos lepas.

Memetik laman facebook Politweet, ia dilihat persoalan besar yang membangkitkan rasa kasihan kepada Tan Sri Abdul Khalid sendiri.

"Mereka juga keliru dengan alasan yang diberi Pakatan Rakyat (PR) dan melihat krisis ini tanpa sebarang penjelasan fakta yang kukuh.

"Responden turut mahu krisis ini ditamatkan segera," kata laman itu.

Jelas laman itu, 206 orang atau 10 peratus daripada mereka turut memberi pandangan bercampur-campur dan tidak menyokong PR.

"Mereka dilihat tidak gembira dengan alasan diberi PKR selain tidak berpuas hati kerana UMNO dan BN dituduh menjadi punca kemelut berkenaan.

"Mereka juga tidak memahami kenapa PR tidak menggunakan prosedur betul untuk menurunkan Abdul Khalid dan menunggu mesyuarat PAS untuk membuat keputusan," jelas laman itu.

Sementara itu 22 peratus atau 445 orang bersetuju Tan Sri Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar sementara hanya 10 peratus atau 209 orang mahu dia berundur.

"Matlamat kami pada mulanya adalah untuk mengukur pandangan orang ramai terutamanya mengekalkan atau menukar Abdul Khalid.

"Pelbagai pendapat bercampur membolehkan kami mengukur maklum balas kepada pihak-pihak lain yang terlibat seperti PR, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata laman itu.

Tambahnya, sebanyak 10 peratus atau 206 orang menyatakan tidak menyokong PR dan 5 peratus tidak menyokong Anwar dan Wan Azizah.

"Sementara 3 peratus responden (65 orang) rakyat tidak gembira terhadap semua parti dan krisis yang berlaku manakala 2 peratus (34 orang) sahaja bersetuju sekiranya Dewan Negeri Selangor dibubarkan," jelas laman itu.

Tambah laman itu lagi, penyokong Abdul Khalid dilihat mahu menteri besar itu menyertai PAS selain tidak bersetuju dengan alasan diberi PR sendiri.

"Mereka juga harus menghormati keputusan Sultan Selangor dan memberitahu Wan Azizah bukan pilihan terbaik untuk Selangor," ujarnya lapor Astro Awani
Previous Post Next Post