Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah memecat kesemua exco DAP dan PKR berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.
Menurut beliau, exco-exco dari DAP dan PKR telah menandatangani satu surat undi tidak percaya terhadap beliau dan juga membuat satu blok.
“Tujuan mereka menandatangai dan membuat blog itu adalah untuk mengurangkan kecekapan exco,” katanya sewaktu ditemui media di lobi SUK, hari ini.
Katanya, oleh itu, beliau telah meminta dan menulis surat kepada tuanku supaya memohon exco ini tidak meneruskan kerjanya sebagai exco di negeri Selangor.
“Walaubagaimanapun, saya belum menulis surat kepada Rodziah, kerana beliau berada di luar negeri,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut menafikan desas desus bahawa beliau akan menyertai PAS.
“Tidak, dakwaan saya sertai PAS tidak benar,” katanya.
Selain itu Khalid turut menjelaskan bahawa perihal Tuanku tidak berkenan untuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadap baginda itu haruslah ditanya kepada pihak istana lapor Free Malaysia Today
Berikut adalah Senarai exco dipecat
DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin
Hmmm... nak kata apa?.. kuasa sekarang ditangan dia.. Penasihat Ekonomi Selangor yang dibayar elaun RM1 tu bila dia nak pecat agaknya?