Kata Mazli dari PASMEB Khalid banyak membantu parti dengan menyalurkan dana bagi program atau aktiviti kemasyarakatan, termasuk RM1.1 juta kepada pusat khidmat DUN di Selangor.
"Ramai tidak mengetahui bahawa Khalid sebenarnya banyak membantu parti dengan memberi banyak peruntukan, contohnya di pusat khidmat DUN, beliau meluluskan sebanyak RM1.1 juta.
"Itu boleh disahkan sendiri pegawai pejabat daerah, tapi ramai yang tidak tahu, sebab perkara begini memang Khalid tidak suka hendak hebahkan.
"Dan Adun juga mereka sengaja diamkan, untuk memberi gambaran Khalid ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada parti. Walhal, dengan semua peruntukan itulah mereka membayar sewa pejabat termasuk pekerja yang terdiri daripada ahli parti sendiri," katanya.
Mazli turut berkata Pasmeb akan terus menyokong Khalid sehingga akhir penggal meskipun kini menjadi wakil rakyat Bebas.
Tapi... apa yang didedahkannya itu tidak tepat sebenarnya bukan RM1.1 Juta tapi hanya RM600,000 sahaja dan bukan terus kepada Pusat Khidmat DUN tetapi melalui Pejabat Daerah..
Baca apa ADUN Sri Muda jelaskan ini..
Dakwaan Presiden Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring itu langsung tidak berasas kata ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie .
Ini kerana, setiap peruntukan kepada Adun akan diusulkan dalam sidang DUN ketika sesi pembentangan belanjawan negeri.
"Kalau betul Khalid ada salurkan peruntukkan RM1.1 juta, sudah tentu Adun akan tahu, tapi kenapa kita tidak tahu? Sebab, segala peruntukkan memang diumumkan dalam belanjawan ketika sidang DUN. Itu prosedur biasa bagi mana-mana negeri pun," katanya.
Shuhaimi berkata pada pembentangan belanjawan 2014 di sidang DUN November lepas, Khalid mengumumkan setiap Adun diberikan peruntukan sebanyak RM600,000, manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) diberi RM800,000.
"Itu sahaja yang diberikan. Tidak ada peruntukan tambahan. Sama juga tahun lepas, kita diberi dana RM500,000 dan tambahan sebanyak RM100,000. Tapi tahun ini memang tidak ada tambahan," katanya.
Katanya, semua peruntukan itu juga tidak terus diberikan kepada Adun kerana mereka terpaksa memohon kepada pejabat daerah terlebih dahulu untuk setiap kelulusan dana bagi sesuatu projek atau program kemasyarakatan yang hendak dilaksanakan.
"Bagi saya, itu satu pembohongan untuk memburukkan PKR yang kononnya sengaja melakukan begitu demi menjatuhkan Khalid," katanya.
Patutlah ramai yang tak tahu pasal RM1.1Juta tu.. tak ada rupanya.. yang ada hanya RM600,000...